Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, July 28, 2013

Kenyataan JUHAM sebagai satu penegasan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS Gombak yang keluar lebih awal untuk membela Presiden PAS

Saya membaca kenyataan sahabat saya dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia dengan penuh terbuka.

Selaku sebuah keluarga besar dalam Pemuda PAS Malaysia dan PAS secara umumnya, kami seiring dalam mempertahankan Presiden PAS dari mudah-mudah diacah oleh musuh-musuh.

Kenyataan JUHAM itu sebagai satu penegasan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS Gombak yang keluar lebih awal untuk membela Presiden PAS andai disaman oleh pihak terbabit.

Pemuda PAS Gombak mengucap tahniah kepada JUHAM yang selama ini telah banyak berjasa kepada PAS dan kali ini JUHAM bersama-sama kami memberi respon untuk menpertahankan Presiden PAS jika disaman dalam isu pil kuda.

Pemuda PAS Gombak amat berbesar hati dan gembira dgn sikap tegas JUHAM yg senantiasa menyokong penuh Pemuda PAS Malaysia dalam mempertahankan kepimpinan ulama dalam PAS.

Bagi saya kenyataan JUHAM ini menggambarkan Pemuda PAS amat prihatin serta akan sentiasa menjadi benteng mempertahankan prinsip parti serta kepimpinan parti yang dipimpin ulama dan terajui oleh Tuan Guru Presiden.

Selaku sahabat dalam satu bahtera perjuangan, saya bersikap terbuka dengan JUHAM dan sentiasa tegas dengan mana-mana yg cuba mengganggu gugat PAS.

JUHAM sebagai ahli keluarga besar kami, bukan sasaran utama biarpun ada pihak yg cuba melaga-lagakan kami.

Sasaran sebenar kami iaitu musuh para ulama yg ingin sangat melihat Tuan Guru Presiden PAS dimalukan dan dijatuhkan. Mereka ini menyusup ke dalam parti dan bertepuk tangan ketika parti berpecah dan cuba melaga-lagakan sesama ahli parti untuk menjatuhkan ulama.

Saya yakin akan ramai lagi Pemuda PAS yang akan bersama-sama dengan kami dalam mempertahankan parti dan kepimpinannya.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda Pas Gombak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular