Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 25, 2012

Tu dia Pemimpin Islam 1Malaysia buat kerja khurafat

Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat!
KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini.

Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA

PS : Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk “ mengambil berkat “ ( konon – kononnya ) dengan “ tepung tawar “ itu , supaya menjadi “ putih bersih “ dari aral dan bahaya , dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita .

Adat “ menepung tawar “ ini , sama ada ianya dilakukan kepada mana – mana manusia , ataupun kenderaan , ataupun rumah dan sebagainya ADALAH SATU PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM , MALAHAN IA SENDIRI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN YANG KHURAFAT ( KARUT – MARUT ) DAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MELAKUKAN DOSA SYIRIK ( Na’uzubilLahi Min Dzalik ) .

Ianya boleh menyebabkan syirik dan batal aqidah seseorang kerana mempercayai ianya boleh “ menolak bala “ dan “ menarik manfaat “ , walhal kuasa itu HANYALAH kuasa mutlak ( total ) bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah al-An’am , ayat 17 :

Ertinya : “Jika Allah menimpakan kepada kamu sesuatu kemudharatan ( seperti bala – bencana ataupun kesakitan ataupun kefakiran ) , maka tiada siapa yang dapat mencegahnya ( menolaknya ) melainkan DIA sendiri , dan jika DIA mahu memberikan kepada kamu sebarang kebaikan ( seperti kesihatan ataupun kekayaan ) , maka DIA sangat berkuasa di atas segala sesuatu ( sehingga tiada siapa juga yang dapat menghalang-Nya daripada memberikan kebaikan itu kepada kamu )" 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,' mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. '(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". surah Al-Baqarah

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”-Surah Al Ikhlas ayat 1-4.

Menepung tawar tu kerja khurafat.. Baca e-fatwa di bawah ni..

Petikan :
Garis Panduan Hukum Khurafat Dan Azimat

Akidah
Tarikh Keputusan: 5 Jul, 2011
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2011 yang bersidang pada 4 Sya’aban 1432H bersamaan 5 Julai 2011 sebulat suara bersetuju dengan Garis Panduan Hukum Khurafat dan Azimat seperti berikut :

a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;

b) Antara ciri-ciri khurafat adalah seperti berikut:

(i) Ia tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith;

(ii) Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut;
(iii) Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang
bercanggah dengan Islam;

(iv) Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah Ta’ala untuk tujuan yang bercanggah dengan ajaran Islam;

(v) Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut, dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu; dan

(vi) Ia mempunyai unsur-unsur negatif kepada akidah dan syariah Islam.

c) Antrara bentuk-bentuk khurafat adalah seperti berikut:

(i) Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, cincin, bukit, tongkat, haiwan tertentu dan sebagainya;

(ii) Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya;

(iii) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya;


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular