Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 28, 2012

R&R Gua Musang Cekik Darah Dan Aziz Bari

Pagi ini saya menerima dua email dari penjenguk blog Merah Tinta yang membangkitkan pertama soal harga minuman di R&R Gua Musang yang didakwa mahal dan mencekik darah penggunan. Aduh... tak sedap juga mendengar perkataan itu nampak semacam peniaga di R&R Gua Musang itu lintah darat.

Saya turunkan sepenuhnya email penjenguk itu yang menanakan dirinya sebagai Zul Selangor;

Assalamualaikum Sdr MSO,
Saya adalah salah seorang penjenguk tetap blog Tinta Merah sejak sekian lama.

Nak mintak tolong sikit.
Boleh tak Sdr MSO tulis mengenai tempat R&R yang baru disiapkan di Gua Musang?

Sebabnya...saya rasa tempat itu telah dan akan mencekik darah pengunjungya.

Bayangkan, harga segelas teh tarik ialah RM1.80. Segelas teh O pula RM1.30.
Servisnya pula agak menyedihkan...self-service tetapi lembab.

Selama saya menggunakan lebuhraya PLUS dan lain-lain lebuhraya di Lembah Kelang, belum pernah saya temui harga minuman yang begitu mahal, walaupun servisnya boleh dipuji dari segi kecekapan dan kebersihannya.

Malah, harga teh tarik & teh O di restoran mamak pun tidak semahal itu. Paling-paling pun hanya RM1.50 saja. Tidak ada sesiapan pun yang komplen pasal servisnya.

Tentu Sdr MSO tahu akan kewujudan kawasan R&R tersebut. Ia baru sahaja dibuka kepada orang ramai. Letaknya 5 km dari bandar Gua Musang (dari arah Merapoh).

Sebelum ini, hanya sebuah sahaja kawasan R&R iaitu yang terletak selepas
bandar Gua Musang.

Selamat menulis, terima kasih.

Komen saya: Diharap pengaduan ini didengari oleh para peniaga di R&R Gua Musang. Saya memang arif dengan hentian rihat ini dan selalu menyinggahinya apabila balik ke Kelantan dan balik semula ke Kuala Lumpur.

Tidak terperasaan sangat mengenai ketinggian harta yang dikenakan. Tetapi soal kelambatan service memang dirasai. Adakalanya jurujual asyik berbuat sesama sendiri atau leka bermain SMS tanpa pedulikan pelanggan.

Usahkan hendak suruh ambil order hendak bayar duit makan minum pun tidak dipedulinya. Pihak tuan punya peniaga di R&R hendaklah mengambil perhatian. Mutu perkhidmatan biarlah setanding dengan R&R berkenaan ia moden dan canggih.

Terima kasih kepada Zul Selangor.

Email kedua yang saya terima ialah dari sdr Zulqarnain Lukman yang memperpanjangkan penjelasan Prof Abdul Aziz Bari berhubung komen beliau terhadap MB Kedah Azizan Razak. Zulqarnain telah mengambil inisiatif untuk bertanya Aziz secara personal mengenai komen dan kritikan Aziz terhadap sikap Azizan yang menyokong tindakan KUIN menggantung pelajarnya mengikut di bawah AUKU.

Kata Zulqarnain walaupun jawaban Aziz itu bersifat personal tetapi ia dibenarkan untuk disebarkan. Saya turunkan sepenuhnya penjelasan Aziz itu tanpa prejudis dan dalam bentuk asal (tanpa membaiki ejaan);

salam,

Sebenarnya kenyataan saya itu hanya satu respon sewaktu sidang media. Tidaklah keras seperti yang disebut oleh MSO dalam harakahdaily.

Nak jadi pengulas politik kenalah kuat ingatan.....MSO tak ingat ke bukankah Aziz Bari juga yang cadang MB Kedah itu ganti Presiden Pas pada 2009? Objektiflah sikit....tak ada sebab saya nak dendam dengan MB Kedah. Tapi apa yang salah saya kena betulkan. AUKU akta zalim, tidak Islamik. Kena tentang. Kita jangan terlibat melaksanakan kezaliman.

Tentang yang komen 'baru dua hari masuk politik nak ajar orang' reaksi saya begini: saya bukan hendak sangat masuk politik ni; saya didesak untuk masuk politik. Dan saya tak mahu ikut budaya politik lalang. Saya nak bawa budaya akademik yang berani dan tegas memperkatakan yang benar dan adil. Tidak berbelit-belit. Dan saya tidak berniat untuk cari makan dengan politik. Saya hanya hendak menyumbang kalau diterima. Kalau rakyat tak suka saya boleh balik ke dunia asal saya'

Ini brand politik saya. Kalau ini dikatakan tidak politik persetan dengan mereka. Pada saya politik itu baik; bukan untuk bermuka-muka dan mengelirukan rakyat

Sila sebarkan....

AAB

--- Saya rasa tidak perlu juga untuk saya mengulas balik mengenai penjelasan Aziz Bari itu. Terimalah seadanya dan untuk menjustifikasikna penjelasan Aziz ini baca semula posting saya mengenai hal berkenaan. Salam MSO. [wm.kl.7:13 am 29/01/12]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular