Untuk makluman : Ini ceramah anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Kota Raja
(Parti politik yang sah dan berdaftar - semua petugas diminta bersiap siaga)
untuk menjamin kelancaran Ceramah ini kelak.
Sudah berpuluh kali PAS Kawasan Kota Raja, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menganjurkan Ceramah di Jalan Kebun, begitu dengan PKR, semuanya OK tanpa sebarang gangguan. Kita penuh yakin bahawa kali pun ianya sama dan semua akan OK dan minta hadirin datang beramai. Lagi ramai lagi bagus sebab banyak kita kena buat dan semua kena siap siaga bagi menghadapi PRU 13 tidak berapa lama lagi.Kalau boleh tumpangkan orang atas pagar atau dulu pengundi BN atau orang pencen ke ceramah ini lagi bagus.
Tragedi Jln Kebun : "Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," .... rujuk Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ... Sudahkan Polis bertindak?
banyak gambar dan rakaman gerombolan yang menyerang dan mengganas ke atas ceramah "asal bukan Umno" (ABU) 21/1/12 lalu. Adakah anda rasa polis akan ambil tindakan? http://penarikbeca.blogspot.com