Tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar menjelaskan sebab musabab mengapa projek yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam rupanya semakin menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
Walaupun tidak menamakan syarikat mana yang dituduhnya gagal dari segi kerjasama strategik dengan NCF Corporation sebagai syarikat induk projek, ia tidak dapat menjawab persoalan bagaimana dana sebesar RM250 juta yang diberikan telah dengan niat disalahgunakan untuk tujuan bukan penternakan lembu.
Noh kini cuba menjadi jaguh mempertahankan tindakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang kini bercuti tiga minggu dari segi mengalihkan kesalahan yang telah dilakukan kepada menuduh pihak lain yang menjadi punca kegagalan projek yang diusahakan pada 2007.
Kununnya dengan penjelasan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang seolah-olah kes ini cuba dibersihkan namun Noh sebenarnya bertindak bodoh dengan membenarkan justifikasi perbelanjaan keluarga Shahrizat membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur dan Orchard Scotts di Singapura sebagai langkah sementara menjana pendapatan sebelum projek tersebut disusun semula.
Hakikatnya, hampir kesemua wang RM250 juta tersebut sudah dibelanjakan yang mana Noh langsung tidak menjawab soalan wartawan yang meninta penjelasannya di Tanjung Karang, Selangor, semalam.
Tambah pelik, tindakannya menuduh peserta yang berpotensi menternak lembu di situ gagal melaksanakannya seolah-olah keluarga Shahrizat bersih suci murni dari dosa pembelian kondo, tanah di Putrajaya, dan sebuah kereta mewah Mercedes Benz, seperti yang dibongkar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin setelah Ambrin mendedahkannya dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Persoalannya kini, bagaimanakah Noh boleh mengatakan Pusat Feedlot Nasional (NFC) satu kegagalan yang bukan berpunca daripada keluarga Shahrizat sendiri padahal kesemua bukti dan fakta yang dikemukakan jelas terang dan nyata??
Sebenarnya, semua tindakan yang dilakukan Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali, Muhyiddin Yassin malah Noh sendiri membuktikan bahawa skandal NFC sudah menjadi buah mulut orang Melayu di serata negara termasuk tanah rancangan FELDA yang juga berdepan dengan masalahnya sendiri.
Tidak dapat dinafikan skandal ini sudah berjaya membuka mata orang Melayu di luar bandar yang selama ini tidak ambil pusing berkenaan isu nasional yang melibatkan maruah dan martabat orang Melayu hingga ada penganalisis politik meramalkan Umno-APCO semakin sukar mendapat undi golongan ini sekiranya pilihanraya umum berlaku dalam waktu terdekat.
Najib Altantuya jangan lagi cuba menjadi hakim menentukan mana yang benar dan mana yang salah kerana semua perkara ini tidak akan belaku sekiranya kerajaan mengamalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang kini hilang bersama Mahathir ditelan rasuah dan penyelewengan yang tidak pernah berkesudahan! - JALAN PULANG
Isu PFN: Noh sangkal pembangkang
Kondo mewah milik keluarga Shahrizat Jalil
yang bernilai SGD4.4 juta (RM10.4 juta)
di Orchard Scotts, Singapura!
TANJUNG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, semalam menyangkal pelbagai tuduhan yang dilemparkan pembangkang berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) sambil menegaskan projek ternakan lembu daging itu bukan suatu kegagalan. Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan jika ada sebarang salah laku berhubung pengurusan dana National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan terserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat syarikat itu.
“Isu ini sebenarnya timbul akibat kelewatan pelaksanaan projek berkenaan berikutan rentetan masalah yang dialami menyebabkan banyak program pembangunan tertangguh, tetapi ia tidak gagal,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kampung Belimbing di sini.
Noh berkata, isu pertama dibangkitkan pembangkang adalah mengapa dana RM250 juta itu diberikan kepada NFCorp sebelum perjanjian dibuat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.
“Hakikatnya, ada dua perjanjian antara NFCorp dengan kerajaan. Pertama antara syarikat dengan Kementerian kewangan dan kedua dengan kementerian ini. Perjanjian pertama dimeterai antara NFCorp dengan Kementerian Kewangan pada 6 Disember 2007 berhubung pemberian pinjaman.
“Perjanjian kedua, antara syarikat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010 berhubung proses pelaksanaan projek,” katanya.