Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 5, 2012

Raja Petra Dah Jadi Anjing Kurap UMNO

Inilah petanda akhir zaman. Manusia sudah hilang maruah dan harga diri. Lebih teruk setengah2 manusia sanggup menjilat ludah sendiri dan menjual maruah diri demi wang ringgit.

Raja Petra sebelum ini terkenal mulut lancang dan becok mengutuk dan menista UMNO. Malahan Raja Petra sanggup berjuang habisan mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

Dulu saya percaya perjuangan Raja Petra itu adalah ikhlas. Tapi, setelah Raja Petra menelan ludah beliau dengan memberi temuramah kepada TV3 dan Berita Harian saya terpaksa mengubah pendirian saya.

Raja Petra ini menjadi popular kerana Anwar. Tanpa Anwar, tiada siapa akan kesah akan kewujudan Raja Petra Kamaruddin.

Tapi, nampaknya segala yang Raja Petra lakukan selama ini hanyalah sandiwara politik beliau untuk mencari populariti dan kedudukan semata-mata.

SAya juga merasakan seroang yang pro Anti Hadeeth seperti Raja Petra tidak mungkin akan terus menyokong PAkatan Rakyat.

Beliau mahukan Pakatan Rakyat menjadi secular liberal 100% seperti parti2 politik di Barat.

Beliau mengharapkan Zaid Ibrahim menang Timbalan PResiden PKR kerana Zaid Ibrahim adalah manusia liberal yang menyokong hak homoseksual.

Malangnya, Anwar Ibrahim menolak zaid Ibrahim kerana yang jelasnya Zaid hanya akan membawa keburukan kepda PKR terutamanya di kalangan pengundi Melayu.

Secara ringkasnya, Raja Petra yang satu masa dahulu dihormati tulisannya telah menjadi anjing kurap UMNO.

Saya merasakan Raja Petra melihat UMNO sahajalah harapan beliau untuk menghalang perlaksanaan hukum Allah SWT. Kebenciannya kepada hukum Allah sudah tidak dapat dihalang lagi sekaligus menjadikan beliau anjing kurap UMNO


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular