Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 6, 2012

Kenapa Polis Tak Berani Tunjuk Video Penuh?

Polis tidak menunjukkan bukti penuh insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru lalu, menurut peguam yang mewakili Muhammad Safwan Anang, pemimpin mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran polis dan mahasiswa tersebut.

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang mewakili Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendakwa rakaman yang disiarkan polis di kaca televisyen adalah rakaman sebelum insiden pertempuran, dan pihak berkuasa berkenaan tidak menyiarkan rakaman penuh insiden tersebut.

“Kami dapati pihak polis tidak menunjukkan video penuh dalam kejadian di UPSI tempoh hari. Apa yang ditayangkan adalah video sebelum insiden tersebut, mereka tidak mengeluarkan rakaman semasa kejadian itu berlaku.

“Sehubungan itu, kami akan mengemukakan video tersebut yang mempunyai bukti kekasaran pihak berkuasa terhadap mahasiswa,” tegasnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas Safwan selesai membuat laporan polis atas dakwaan pihak polis menggunakan kekasaran terhadapnya.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Safwan mendakwa dia telah ditumbuk di bahagian kiri mukanya, dan disepak menggunakan lutut yang mengakibatkan kecederaan di bibir, dan patah beberapa batang gigi serta turut tidak sedarkan diri selama lebih kurang sejam dalam insiden tersebut.

“Ketika demonstrasi itu, anggota polis beberapa orang polis yang berpakaian preman yang memakai vest polis menyerbu kami dan menarik saya ke arah lain secara paksa dan kasar.

“Saya telah ditumbuk dengan kuat di bahagian muka kiri yang mana hasil daripada tumbukan tersebut, bibir sebelah kiri dan mulut saya pecah dan berdarah.

“Kemudiannya saya ditundukkan dan di dihentak menggunakan lutut di bahagian rusuk kanan, akibat daripada itu, saya mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri,” jelas Safwan yang berkerusi roda ketika hadir di balai polis.

Menurutnya lagi, dia turut cam anggota polis yang telah memukulnya melalui rakaman video yang berada di dalam simpanannya.

Kenyataan Safwan itu turut disokong melalui laporan kesihatan yang dikeluarkan doktor yang merawatnya.

Dalam kejadian di UPSI malam tahun baru itu, seramai 60 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) telah melakukan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kumpulan terbabit telah bertempur dengan anggota keselamatan selepas dipercayai ingkar arahan bersurai dan hasil daripada kejadian tersebut, 17 daripada telah ditahan dan dua termasuk Safwan mengalami kecederaan.

Video versi PDRM
Video penuh versi saksi kejadian



SIAPA YANG PANDAI BOHONG???

LU PIKIR LA SENDIRI!!


Jalan Pulang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular