Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 6, 2012

12 gugur syahid mempertahankan Itqan al-Muluk bi Ta'dil as-Suluk +Video

- Pertempuran dengan polis Inggeris diPadang Kachung bukti kebangkitan rakyat Terengganu
HULUTERENGGANU - Menjelang akhir abad ke-20M, kuasa British sudahpun menular ke sebahagian besar negeri-negeri Melayu kecuali negeri-negeri Melayu Utara yang dianggap berada di bawah kekuasaan Kerajaan Siam.


Impian pihak British untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu tercapai apabila Kerajaan Siam berpakat dengan Inggeris, menyerahkan kononnya negeri yang menjadi haknya kepada pihak British melalui Perjanjian Bangkok 1909.

Akibatnya negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Perlis dan Kelantan terpaksa menerima penempatan penasihat British yang memerintah kerajaan negeri bagi pihak Kerajaan Great Britain. Bagaimanpun, keadaan negeri Terengganu agak berbeza.

Pihak British hanya menempatkan seorang ejen British bertaraf konsular di sana.

Kewibawaan pemerintah Terengganu pada ketika itu, Sultan Zainal Abidin III menyebabkan pihak British menyedari bahawa mereka berhadapan dengan pemerintah Melayu yangsangat berbeza.

[Gambar -Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Hj Muhyiddin Abdul Rashid merangkap Pengarah Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk bi Ta'dil as-Suluk ebrsama Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah menziarahi maqam syuhada Padang Kachung pada Rabu 3hb Januari 2012]

Mereka didapati telah mengamalkan dasar yang agak berhati-hati untuk berurusan dengan pemerintah tersebut. Walaupun mereka hanya mahu menempatkan ejen British yang mempunyai kuasa yang sangat terhad, pihak British terpaksa berhadapan dengan pelbagai helah yang dilakukan oleh Sultan Zainal Abidin III.

Baginda berusaha menghalang penempatan ejen British tersebut dan membuktikan bahawa negeri Terengganu merupakan Kerajaan Malayuwiyyah Islamiyyah yang merdeka, bukan berada di bawah kekuasaan Siam dan enggan menerima ketetapan Perjanjian Bangkok 1909 (Izziah, 2011).

Penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

Di Terengganu, usaha penjajah Inggeris melaksanakan undang-undang Inggeris dan mengenepikan undang-undang Islam yang telah dilaksanai di negeri ini bermula dengan Inggeris menubuhkan Joint Court yang dipengerusikan oleh British Agent bagi membicarakan, kononnya, kes-kes yang berkaitan dengan orang-orang Inggeris atau warga negara Inggeris sahaja.

Terdapat juga hakim-hakim dari bangsa Melayu yang dilantik bertugas di mahkamah Joint Court ini. Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes yang berhubung dengan kesalahan jenayah dan tuntutan sivil.

Penjajah Inggeris juga telah membuat tanggapan bahawa undang-undang Islam yang ada dan berjalan di Terengganu pada ketika itu sebagai "The impractical requirements of Muhammadan Law" dan sukar dilaksanakan. Penjajah Inggeris berpendapat undang-undang Islam tersebut perlu digantikan dengan undang-undang Inggeris.

Setelah Sultan Zanal Abidin III mangkat pada 1918 beliau diganti oleh puteranya Sultan Muhammad Shah II selama dua tahun dari 1918 hingga 1920.

Ketika negeri Terengganu di bawah pemerintaikan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942), atas nasihat Penasihat Inggeris, beberapa perubahan struktur organisasi dan bidangkuasa Jabatan Agama Islam Negeri telah dibuat serta perjalanan undang-undang Itqan al-Muluk bi Ta'Dil as-Suluk telah diganti dengan undang-undang Inggeris, kecuali dalam perkara-perkara yang berhubung dengan undang-undang keluarga orang-orang Islam.

Undang-undang Cukai Tanah yang mula dikuatkuasa pada 1920an, yang mengenakan cukai 40 sen bagi setiap ekar tanah menjadi bibit pertama penentangan terhadap British khususnya di lokasi Kuala Telemong hingga Ulu Telemong. Selain itu rakyat dilarang menebas hutan untuk menanam padi huma meskipun ianya telah menjadi satu aktiviti pertanian turun temurun. Pada tahun 1928, 30 orang petani telah dihukum penjara kerana tidak mampu membayar denda sebanyak $5.00 setelah didapati bersalah menebas hutan tanpa lesen.

Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid telah bangkit menentang perlaksanaan undang-undang Inggeris bermula secara aman.

Dengan Kebolehan Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong tidak terbatas kepada ilmu-ilmu agama sahaja. Beliau menunjukkan kehebatannya berhujah apabila beliau dilantik menjadi peguam untuk membela rakyat yang disaman oleh pemerintah Inggeris.

Undang-undang Inggeris akur dan membebaskan orang-orang kampung yang ditahan dengan bantuan dari Tok Guru Haji Abdul Rahman. Beliau dalam hujah-hujahnya di mahkamah menegaskan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka. Hujahan inilah yang menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang campur tangan British di Terengganu.

Tekanan-tekanan pihak Inggeris kepada para petani khususnya menyebabkan pertembungan secara fizikal tidak dapat dielakkan.

Antaranya tindakan 'tali barut Inggeris' membakar kebun-kebun jagung dan tanaman orang kampung yang tidak membayar cukai.

Sebagaimana di catatkan, seramai 500 orang kampung dan petani dari Hulu Terengganu, mahu berarak bertemu dengan Sultan bagi menyampaikan hasrat dan perasaan tidak puas hati mereka.

Namun ada pihak yang mengambil kesempatan telah memberitahu Sultan sebaliknya, 500 orang yang sedang bergerak ke Kuala Terengganu itu dikhabarkan untuk memberontak dan Sultan telah mengarahkan polis menyekat kemaraan mereka.

Gerombolan orang kampung dan petani itu telah di sekat dengan pasukan polis di Padang Kachung, Kuala Telemong pada 22 Mei 1928 dan berlakulah pertempuran yang menyaksikan 12 orang pejuang gugur syahid apabila mati ditembak sepasukan polis.

Walaupun menurut sejarahnya, pada ketika berlakunya pertempuran, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong tidak ada, namun polis telah menahan dan menangkap beliau menyebabkan rakyat telah menyerang Balai Polis Kuala Berang.

Tuan Guru Abdul Rahman Limbong dan beberapa orang yang lain telah dibicarakan pada 11 Jun 1928 telah menjatuhkan hukuman penjara dan kerja berat ke atas 10 orang yang terlibat peristiwa penentangan di Hulu Terengganu.

Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong sendiri telah dan dibuang negeri ke Singapura dan selepas itu dibuang ke Mekah.

Dalam propagandanya, pihak British mengumumkan telah menghantar Tok Guru Haji Abdul Rahman ke Mekah, kononnya untuk mengaburi mata rakyat Terengganu, padahal apa yang berlaku sebenarnya adalah pembuangan negeri. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.

Nama-nama 12 orang pejuang yang telah syahid menentang penjajah British di Padang Kachung, Kuala Telemong, Terengganu pada 23 Mei 1928:

1. Mahmud bin Mat Diah
2. Lebai Abdul Rahman (Tok Janggut)
3. Idris bin Muhammad
4. Mamat bin Musa
5. Muhammad bin Yunus
6. Abdullah bin Muhammad
7. Ismail bin Ali
8. Muhammad bin Jusoh
9. Muhammad bin Idris
10. Muhammad bin Abdullah
11. Abdul Hamid bin Sulaiman
12. Sulaiman bin Saleh

Menurut seorag penduduk Padang Kachung, Abdullah Mat Zain, 52, beliau telah mendengar cerita dari arwah ayahnya, semasa mayat-mayat syuhada di kutip di lokasi pertempuran, hanya sebelas setengah sahaja mayat yang dtemui kerana salah satu tubuh telah berkecai.

Kesmuanya syuhada tersebut telah dsemadikan dalam satu liang, dipanggil maqam 12 yang kini terletak dalam kawasan Masjid Kuala Telemong.
Ikuti penceritaan kisah pertempuran Padang Kachung melalui Video Klip Dbawah;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular