Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, June 4, 2011

NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM, APA BEZANYA?


MAKA, hiruk pikuk puak-puak sekular dari sekutu Apco mengulas tentang ucapan dasar Presiden PAS bahawa PAS akan berjuang untuk Negara Berkebajikan dan kununnya meninggalkan cita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Baca sini. Besarnya harapan puak itu agar PAS menubuhkan sebuah Negara Islam. Lucu bukan?



Memanglah melucukan apabila puak sekular mahu sangat PAS menubuhkan Negara Islam, sedangkan selama lebih 50 tahun mereka memerintah, mereka tidak pernah meletakkan Islam di atas sedangkan di dalam parti mereka boleh dikatakan 100% Melayu berugama Islam. Mereka hanya berharap pada PAS sahajakah untuk menegakkan Islam? Di mana tanggungjawab mereka sebagai orang Islam?


Jika kita memahami Islam itu sepenuhnya, tiada yang pelik dari ucapan Presiden PAS itu. Apa masalahnya dengan Negara Berkebajikan jika dibandingkan dengan menyebut Negara Islam? Bukankah Islam itu berkait rapat dengan kesejahteraan dan keadilan, dan bukankah kedua-duanya itu berhubungkait dengan kebajikan? Ertinya, di dalam Islam membuat kebajikan kepada semua rakyat itu hukumnya wajib dan melakukan kezaliman itu haram. Apabila PAS menyebut perkataan Negara Berkebajikan, ertinya PAS tetap konsisten untuk mewujudkan Negara Islam yang sebenarnya.


Pendekatan PAS di dalam mendekati golongan bukan Islam dengan mempopularkan Negara Berkebajikan adalah satu pendekatan yang bijak dan penuh berhikmah. Tiada alasan atau hujah untuk Umno mendakwa PAS menggugurkan tuntutan Negara Islam kerana di dalam Muktamar PAS kali ini dasar PAS tidak berubah seinci pun. Rakan sekutu PAS di dalam PR semuanya faham dengan dasar PAS, cuma Umno sahaja yang tidak faham.


Ada puak Umno yang bertanya mengapa tidak menyebut Negara Islam beserta dengan hukum Hudud? Kita ingin bertanya juga pada mereka, bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan jika negara itu tiada kebajikan? Di dalam keadaan rakyat yang susah dan miskin, rasuah yang tidak dibenteras, ekonomi yang tidak diurus dengan baik, masalah sosial tidak diatasi dengan baik dan dengan pendidikan yang tidak sempurna, bagaimana mahu dilaksanakan hukum tersebut? Di mana pengutamaannya?


Berbeza dengan Umno, mereka ternyata mengabaikan banyak perkara seperti yang disebutkan tadi. Umno gagal di dalam banyak aspek sepanjang memerintah negara ini. Negara dibelenggu dengan masalah sosial, ekonomi, pendidikan, hak asasi, perundangan bahkan di dalam aspek keselamatan pun mereka cuai. Kesemua kecuaian yang telah Umno/Bn lakukan ini menjadi tumpuan utama oleh PAS untuk diperbaiki kerana aspek itu juga wajib diuruskan sebagai sebuah Negara Islam.


Justeru itu, tiada bezanya untuk menyebut sebuah Negara Berkebajikan dengan Negara Islam kerana Negara Islam itu sendiri mewajibkan perlaksanaan kebajikan dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com 


Baca : Dr Maza : Mengalu-alukan Kenyataan Presiden Pas Tentang Negara Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular