Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, July 9, 2013

Naib Ketua Pemuda UMNO hanya 'budak hingusan'!!

Naib Ketua Pemuda UMNO hanya 'budak hingusan',jangan lagak hero Melayu-Ibrahim Ali.
Datuk Ibrahim Ali mencadangakan supaya Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim supaya berjumpa sahaja dengan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikutan kenyataannya yang membidas Umno.

Menurut Presiden PERKASA, tiada sebab bagi dirinya bertemu dengan Razali kerana Naib Ketua Pemuda Umno belum dilahirkan semasa beliau berjuang dalam Umno.

"Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

"Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA, sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker," perlinya.

Ibrahim turut menyangkal dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu kerana dipinggirkan oleh Umno.

"Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah.

"Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap," katanya.

Rabu lalu, Ibrahim menempelak Umno kerana didakwa meminggirkan PERKASA. Katanya, Umno serta Barisan Nasional lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu.

Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular