Najib berucap kepada pelajar-pelajar Malaysia di London dalam bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu, walau pun rata-rata yang sempat saya lihat di tv adalah Melayu.
Melayu (PM) dengan Melayu (pelajar-pelajar Malaysia) bercakap dalam bahasa Inggeris? Kalau pun ada pelajar bukan Melayu, apakan mereka sudah tidak faham bahasa Melayu yang diperakukan sebagai bahasa kebangsaan dalam artikal 152 Perlembagaan Malaysia?
Soalan lain juga muncul dalam benak saya , apakah kerana berada di London maka Najib mesti menggunakan bahasa 'London' untuk berucap dengan pelajar-pelajar Malaysia? Jatidiri bangsa dan negara berkait rapat dengan budaya.
Dalam hubungan ini bahasa pertuturan yakni bahasa manusia yang menjadi penghubung di peringkat kebangsaan adalah mekanisme kedaulatan yang menggerakkan erti kebangsaan itu sendiri.
Apabila seorang Perdana Menteri atau seorang pemimpin sesebuah negara tidak mendaulatkan bahasa kebagsaan negara dan manusia yang dipimpin dan diterajuinya, maka apakah makna kedaulatan yang diperjuangkan dengan asas kedaulatan bangsa agama dan negara seperti mana yang sering digembar-gemborkan selama ini?
Nilai pemimpin adalah penggerak dan pencetus semangat ke arah prinsip-prinsip kebenaran dan nilai murni yang berpaksikan kepada asas kebaikan, kebenaran dan kejujuran.
Jujurlah menjadi manusia yang diamanahkan untuk mengangkat martabat bangsa, agama dan negara, kerana bangsa dan negara adalah wajah kedaulatan dan kebenaran susur galur manusia sebelum kita yang meletakkan dan mengamanahkan makna suatu bangsa dan wilayah kedaulatannya yang di sebut sebagai bangsa Melayu dan Tanah Melayunya.
Apakah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya mereka yang berkubang dalam kancah politik sehingga ramai di kalangan anak muda sekarang ini sudah berani menyoal kembali, apakah untungnya menjadi Melayu?
Jangan tanya pula apa cemuhan dan ejekan kaum lain pula terhadap Melayu. Jangan salahkan mereka kerana ramai di kalangan pemimpin Melayu sendiri tidak bangga untuk bertutur dalam bahasa ibundanya (Melayu).
Apabila manusia mulai meminggirkan dan meremehkan nilai ibundanya, itulah tanda-tanda porak- peranda sesuatu bagsa. Kerana nilai bangsa adalah bahasa, budaya selain agama anutannya.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan apakah makna perjuangan orang-orang Melayu terdauhulu yang menggerakkan semangat kebangsaan dengan penentangan terhadap konsep Malayan Union dan berikutnya penentangan terhadap Malaysian Malysia yang disuarakan oleh Lee Kwan Yew ketika Singapura masih dalam Malaysia dahulu. Belum lama mana, sekitar 60 an, yang akhirnya Tunku Abdul Rahman menggunakan kuasa vetonya mengeluarkan Singapura dari Malaysia sekitar Mei 1965.
Tindakannya menyebabkan beberapa orang menteri kabinet terutamanya dari Johor Meletakkan Jawatan.
Renteten dari itu kuasa Melayu dan kedaulatan Melayu dicemuh dan diperkecil-kecilkan oleh kaum lain melalui pertubuhan politik yang mereka anggotai.
Maruah Melayu terus diejek dan dicabar..inilah yang berlaku sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Segalanya bermula apabila pemimpin atau peneraju pimpinan tidak menggerakkan kedaulatan dan kebangsaan manusia atau bangsa yang menjadi asas sejarah kemunculan sesebuah negara di dunia ini.
Inilah antara warna-warna kebenaran kenapa saya menulis buku Melayu Hilang Di Dunia...
- Sumber FB Khalid Salleh
......................................
Najib Menyanyi dan Menari bersama pelajar di London... Ini cara Presiden UMNO mendidik dan mencontohi kepada anakbangsa..!! |