Grab the widget  IWeb Gator

Monday, July 8, 2013

Aksi SPR macam 'si anjing Umno' pastikan calon Umno menang PRK Kuala Besut?

Tobat lahom SPR takkan berani buat macam tu, SPR takkan buat aksi yang memudahkan pengundi macam tu selagi SPR dipegang oleh orang macam Abdul Aziz dan Wan Omar.

Harakahdaily melaporkan:
PAS akan memastikan pengundi-pengundi Dun Kuala Besut khususnya pengundi luar tidak melepaskan hak mereka begitu sahaja pada 24 Julai ini.

Ini kerana, pada tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut itu berlangsung pada hari Rabu iaitu pada hari bekerja.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli merasakan penetapan tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak tidak mesra pengundi apabila dibuat pada hari bekerja. - Hrkh.  
Apa lagi alasan SPR buat hari mengundi pada hari Rabu tu melainkan satu aksi macamm 'si anjing Umno' yang bagi kelebihan kepada calon Umno, untuk pastikan calon Umno menang pada PRK Kuala Besut nanti.

Pasainya bila hari pengundian pada hari bekerja tentu punya ramai pengundi luar tak boleh balik mengundi dan majoriti pengundi luar adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Tambah-tambah pulak Hari Raya Aidil Aidil Fitri pada 8 dan 9 Ogos, cuma 2 minggu lepas tu, lagi ramai pengundi yang duduk di luar Terengganu terutamanya yang payah nak dapat cuti akan pilih untuk balik pada Hari Raya berbanding hari mengundi.

Kalau SPR betul-betul nak bagi peluang kepada semua pengundi Dun Kuala Besut mengundi, SPR patut pilih tarikh mengundi pada 10 Ogos, tarikh yang cukup selesa untuk semua pengundi luar untuk balik kampung dan mengundi.

Tapi, tobat lahom SPR takkan berani buat macam tu, SPR takkan buat aksi yang akan merugikan Umno BN walaupun memudahkan pengundi macam tu selagi SPR dipegang oleh orang macam Abdul Aziz dan Wan Omar yang memang sah bermazhab Umno malah mungkin lebih Umno dari kebanyakkan Ketua Cawangan Umno sendiri.

Sebelum ni, SPR memang pernah buat hari pengundian pada hari bekerja iaitu pada PRK Galas dan Sibu pada tahun 2010 dan kedua-dua PRK tu dimenangi calon BN.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/prk-kuala-besut-mengundi-hari-bekerja-aksi-spr-anjing-umno.html#ixzz2YOjzN7w1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular