Tak pakai helmat pun tak apa.
Konvoi kupon berbaju T percuma...akan datang UMNO kena bagi topi kaledar percuma untuk keselamatan anak muda....hahaha...
25 Mac 2012 telah berlansung satu program anjuran UMNO BN Larut Perak yang boleh di namakan sebagai Program konvoi Kupon 15 hinggit..hahaha.. peserta yang terdiri golongan anak muda juga di beri percuma sehelai baju T yang tertera PRU13 pemuda BN Larut..nama saja pemuda BN,tapi boleh dikatakan semua dari anak muda berbangsa melayu…jelas menunjukan anak muda cina dan india memang dah tak sokong BN lagi.
Menurut sumber mengatakan Pemuda UMNO Larut Sdr. Anuar Ariffin terpaksa mengeluarkan pulus yang tebal untuk anjuran konvoi Himpunan Perdana Pemuda UMNO Larut yang berkumpul di Astaka Batu Kurau. UMNO Larut terpaksa gunakan pendekatan seolah-olah memberi habuan…( Adik beradik sepupu sepapat rasuah le tu..hehehe..). .[ Klik Sini]
Ust Akmal menunjuk-kan bukti kupon dan baju T percuma dari UMNO Larut yang semakin tertekan dalam meraih sokongan muda
Seorang anak muda yang sertai Konvoi Kupon ini diberi RM15 dan sehelai baju T yang aku anggarkan sehelai RM10, maka kos seorang peserta RM25 dan menurut sumber yang sertai program ini menganggarkan sejumlah 1500 orang dalam konvoi kupon tersebut. UMNO Larut dikatakan gagal dalam program ini kerana sasaran mereka ialah 3 ribu peserta..apapun lebih RM40 ribu telah dibelanjakan, itu tidak termasuk kos-kos makan free dan sebagainya. Kalau anak muda yang sertai konvoi kupon ini dapat RM15….yang atas-atas tu mahu lebih lagi nilai kupon-nya…hahaha…
Amat ketara dan jelas UMNO Larut khususnya UMNO Perak sudah kritikal nazak sebab terpaksa mempergunakan anak muda dengan unsur-unsur negetif demi mengharapkan sokongan anak muda bertambah . Najib dan Mahyudin mungkin akan datang lagi ke Perak…hahaha..sebab Zambry sudah di-ibarat seperti burung gagak tua yang hanya melompat-lompat kerana tak mampu terbang disebabkan keguguran bulu sayapnya.
Apa yang menghairankan ialah terdapat dikalangan peserta yang masih berumur belasan tahun dan agak mengejutkan ada dikalangan mereka yang tiada lesen memandu dan berkonvoi dengan tidak memakai topi kaledar. Apa bila ditanya oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut Sdr Ust Akmal mengapa menunggang motosikal tidak pakai topi keledar kepada seorang peserta disini ? peserta tersebut menjawap “Ini program UMNO la…Polis mana berani buat apa-apa..mereka pun dibayar gaji oleh UMNO..” ?????? Dibayar gaji oleh UMNO..!!!. Rupanya inilah yang didik oleh kepimpinan UMNO dengan sumber dan dakyah yang salah dan mungkin menyalahi undang-undang.
Ust Akmal dalam ceramahnya di Bukit Jana Taiping bersama Chegu Bard pada malam tadi menyatakan bahawa program Konvoi Pemuda UMNO Larut ini dibuat atas sebab mereka rasa tercabar,malu dan tertekan dengan program konvoi anjuran PAS Larut baru-baru ini, program tersebut berjalan dengan jaya-nya dengan kejayaan menghimpunkan lebih 2 ribu anak muda yang menyokong Pakatan Rakyat . Namun dalam program konvoi anjuran PAS Larut amat berbeza sekali pendekatan yang diberi,peserta di pastikan mempunyai lesen yang sah,dipastikan ada roadtax,dipastikan ada cermin sisi yang lengkap dan mesti memakai topi kaledar serta tiada kupon-kupon duit minyak,tiada baju free…pendek kata semua yang sertai haruslah datang dengan jujur dan iklas.
Kupon Konvoi bermotor RM15...kalau kereta mahu RM150..haha..
Baju T yang diberi percuma oleh UMNO Larut bakal dibuat kain lap kaki di pintu tandas...haha.. Klik SiNi
http://bulatdusun.blogspot.com/2012/03/ini-program-umno-siapa-berani-kacau-tak.html