Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 28, 2012

Isu Israel di BAHAS dalam Dewan Rakyat?

YB Er, Bakri hantar surat rasmi mohon bahas isu Israel

Tarikh : 27.03.2012

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,


Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Dalam ucapan perbahasan Titah DiRaja bertarikh 21 Mac 2012, saya telah mendedahkan mengenai transaksi penjualan hasil sawit negara ke Negara Israel. Ini adalah merupakan lanjutan kepada isu yang sama yang telah saya bangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat bertarikh 17 Oktober 2011. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjelaskan bahawa pada tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula.

Kini, beberapa dokumen Kastam DiRaja Malaysia telah menunjukkan bahawa terdapat transaksi perdagangan hasil sawit dengan syarikat-syarikat berpengkalan di Israel. Malahan, terdapat juga anugerah pensijilan Kosher yang diberikan kepada syarikat tersebut.

Kerajaan sentiasa berdolak-dalik dalam perkara ini. Kenyataan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak membantu Palestin namun dalam masa yang sama, menjalin hubungan dagang dengan Israel telah mengelirukan rakyat. Sememangnya diketahui Malaysia tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Negara Israel dan jelas melanggar Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008.

Isu melibatkan Negara Israel ini telah melangkaui garis agama. Ia merupakan isu kemanusiaan sejagat. Kekejaman rejim ini terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa merupakan satu dosa yang besar terhadap kemanusiaan. Namun, Malaysia terus membiarkan berlakunya perdagangan dengan rejim kejam ini. Selain itu, bagaimana satu rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh Kerajaan. Dewan Rakyat perlu membuat ketetapan untuk mengharamkan semua bentuk hubungan dengan Rejim Israel termasuk hubungan perdagangan sama ada secara langsung atau tidak, menggesa Perdana Menteri untuk menarik balik semua keputusan Jemaah Menteri berhubung perdangangan dengan Israel yang telah dibuat pada tahun 1996 dan mengiktiraf kewujudan Hamas atau parti-parti politik yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat Palestin

Maka, saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan.

Sekian, terima kasih

Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri

http://bulatdusun.blogspot.com/2012/03/isu-israel-di-bahas-dalam-dewan-rakyat.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular