Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.