Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, September 4, 2013

Kenapa harga sebenar RON95 lebih mahal berbanding harga sebenar RON97?

Info menarik utk di fikir bersama.... Adakah rakyat ditipu?

Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter dan diberitakan kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97 = RM2.70
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter dan semua rakyat dapat menggunakan RON97?

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

logikkah RON95 lebih mahal berbanding RON97? kegilaan apakah ini?

Fikirlah jika kamu ada otak!

Kenapa RON97 lebih murah daripada RON95 - Fomca
Selangorku,
04 Sep 2013
SHAH ALAM: Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95, tegas Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

Menurut Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.

“Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, harga bagi RON95 selepas dinaikkan sebanyak RM0.20 ialah RM2.10 seliter dicampur dengan subsidi sebanyak RM0.63 seliter, jadi jumlah harganya ialah RM2.73 seliter.

Manakala RON97 pula berharga RM2.70 seliter lebih berkualiti tapi lebih murah sebanyak RM0.03 seliter yang akan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM0.03 bagi seliter minyak diberikan subsidi.

Mohd Yusof berkata, tindakan kerajaan BN menaikkan harga sebanyak RM0.20 secara mendadak menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kerajaan boleh melakukan secara berperingkat pada waktu tertentu agar kesannya tidak terlalu besar kepada kehidupan rakyat.

Tambah beliau, cadangan kerajaan memperkenalkan semula penggunaan RON92 adalah tindakan terkebelakang kerana jenis RON itu mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

“Kerajaan perlu mengekalkan RON95 dengan cara kerajaan mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian agar harganya tidak menyusahkan rakyat memandangkan bahan bakar tersebut digunakan oleh kenderaan dari golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular