SIAPA KATA RAKYAT BERANG KERANA KENAIKKAN HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN?????
Inilah rakaman gambar dimana sehelai kain rentang dipasang dengan ayat tertar ditulis ....HADIAH PM ... SEMPENA HARI KEMERDEKAAN ... MINYAK PETROL NAIK 20 SEN ... BN = BARANG NAIK ... I LOVE PM .
Kalau ada rakyat tak faham-faham akan maksud ayat-ayat kain rentang ini lebih baik berhenti jadi manusia dan pergi terjun lombong.
Jangan terkejut jika ada para pembela Najib akan berhempas pulas memutarkan ayat-ayat ini sebagai tanda rakyat amat bersetuju langkah Najib menaikan harga petro sebanyak 20 sen mulai hari ini.
Puak-puak ini bukan boleh buat kira, janji pertahankan Najib at all cost walaupun maruah diri tercalar teruk. Omakkau
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan....