Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, June 6, 2013

Jawatan Saifuddin bakal huru-harakan Selangor?


Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada Tan Sri Khalid atau pun Azmin Ali. Apa sahaja yang dibuat oleh kedua-dua mereka demi pembangunan dan kemajuan Selangor, bagus....sangat bagus. Cumanya kedua-dua pihak perlu jugak mencari titik persamaan demi mewujudkan persefahaman antara mereka untuk kebaikan PR Selangor.

Kenyataan terbaru MB Khalid bahawa perlantikan Saifuddin Nasution ke jawatan yang dicadangkan itu adalah hak negeri yang tak perlu dibincang atau diperjelaskan, akan pasti mengundang ulasan-ulasan sensitif yang tidak berkesudahan.

Di peringkat sekarang kedudukan Saifuddin dalam kerajaan Selangor tetap mengelirukan. Beliau dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di pejabat MB yang pasti tugasnya dianggap banyak pihak bagaikan bertindan dengan beberapa jawatan lain yang telah dimaklumi ramai.

Terbaru dihuraikan pula tugas Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik adalah untuk menguruskan persefahaman politik dan pembangunan di luar bandar! Kan dah jadi pelik, dalam keadaan Ustaz Solihen Muhyi adalah exco yang menjaga luar bandar?

Dengan beralasan negeri ada hak untuk tidak memberi penjelasan mengenai perlantikan Saifuddin, maka orang ramai boleh buat macam-macam interpretasi antaranya 'macam tak harapkan exco yang dilantik je?'. Atau 'ada pihak yang tak diharap MB dalsm mengurus politik di luar bandar di Selangor?', dan mungkin 'ada perlawanan politik ysng getir dalam PKR sekarang?'.

Penulis bimbang pihak-pihak lain atau parti-parti lain sedang memerhati perkembangan ini sebelum memberi ulasan mereka yang mampu memanjangkan lagi cerita-cerita yang tak baik dan tak perlu.

Pada pandangan penulis, membawa Saifuddin dalam pentadbiran negeri Selangor adalah wajar malah patut dihargai memandangkan Saifuddin Nasution adalah seorang tokoh yang berwibawa dan berkaliber, cumanya jawatan yang diwujdkan oleh MB Khalid untuk Saifuddin itu telah berjaya menimbulkan pelbagai kekeliruan dan agak sensitif bunyinya kecualilah memang secara sedar MB Khalid memang mahukan ianya menjadi sensitif!

Negeri Kelantan di bawah kepimpinan TGNA contohnya pernah memberi jawatan kepada Saifuddin Nasution yang tidak menyentuh sensitiviti mana-mana exco dan pihak lain sama ada secara pentadbiran atau politik. Kalau tidak salah anggapan penulis, Saifudfin berjaya mengurus dan menjayakan Tabung Tok Kenali sebagai Pengarahnya atau Penyelaras dengan cemerlang.

Kesimpulannya apa yang berlaku di Selangor berkaitan Saifuddin Nasution ini, bukanlah mengenai orangnya tapi ia adalah mengenai jawatan seperti itu yang diwujudkan kepadanya. Berilah apapun tugas kepada Saifuddin demi kemantapan PR di Selangor tapi bukanlah jawatan yang bunyinya seperti itu....maka selesai masalah dan selesailah jugak sensitifnya. Wallahu aklam! - GARAMLADA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular