Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 16, 2012

Berasa PANAS Kerana Tidak Sebulu Dengan Dasar

PONTIAN – Mereka yang mempunyai fikrah dan pendirian tersendiri yang tidak selari dengan dasar parti akan berada dalam zon ‘panas’ dan tidak selesa menyebabkan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan akan berlaku.

Perkara ini ditegaskan oleh Prof. Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, mantan Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri Johor dengan katanya golongan seperti ini harus menilai diri bahawa kedudukan dan kebijaksanaan yang dimiliki hanyalah anugerah Allah untuk menguji kalangan hambaNya.

”Proses seperti ini tak boleh lama dalam PAS kerana panas kerana tak ikut arus pemikiran perdana. (golongan ini) ia tak boleh pergi yang ikut fikrah sendiri.

”Ini ujian kita bila masuk PAS. Allah uji dengan lebih tinggi ilmu kena lebih tawaduk. Bila ilmu tinggi dan rasa diri tak polular maka ada rasa lain. Rasa kemegahan itu ialah tempat syaitan,” tegas beliau lagi.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (Zon) Pulai Sebatang melihat golongan ulamak dalam PAS telah memainkan peranan besar sehingga gerakan Islam itu digeruni pihak lawan.

Justeru katanya lagi dengan disiplin mahupun tarbiyyah juga adalah asas kepada sebuah kejayaan yang diidam-idamkan.

”Usrah dan peranan ustaz sangat besar yang boleh menyebabkan PAS itu kukuh walaupun ada yang lari. Kita bukan semata-mata berjuang dalam politik.

”Tarbiyah berterusan dan pertingkatkan kerohanian. Inilah yang menjadikan asas kemenangan kita.

”Kena tingkatkan kerohanian. Kita ingat, kita dah terkecuali. Inilah peranan yang perlu dibuat,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Taklimat Gerak kerja Pilihan Raya di Markas Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, Dun Benut, di sini, baru-baru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular