Mana Pejuang AGAMA Pemuda UMNO, PERKASA dan KUMPULAN SILAT LUCAH
Adakah UMNO dan seangkatan dengan nya beranggapan ISU Komunis lebih penting dari isu AQIDAH??? Mana Menteri yang menjaga AGAMA???
i. Pertama melalui I’tiqad ( kepercayaan) , contohnya seperti mempercayai ada tuhan selain Allah, atau mempercayai ada makhluk lain yang boleh memberi kuasa. Percaya bahawa adanya kuasa-kuasa lain yang setanding dengan kuasa Allah, seperti jin, tangkal azimat dan bomoh dan sebagainya.
ii. Kedua melalui Perbuatan, contohnya seperti menyembah berhala samada secara sengaja atau tidak, menghina dan memijak al-Quran dan sebagainya. Menghina Rasulullah SAW dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad SAW.
iii. Ketiga melalui Perkataan seperti menafikan kewajipan perkara-perkara asas dalam Islam seperti kewajipan solat, puasa, menafikan pengharaman arak dan zina, menyatakan agama Islam tidak sesuai dengan zaman sekarang dan sebagainya..
=============================
Kufur Hakikat :Ingkar/menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw
Tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw Sesiapa yg tidak percaya kepada Allah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dikatakan kafir/kufur
-Tidak mengakui balasan di akhirat
-Menolak hukum yg terdapat dlm al-Quran
-Menyatakan solat fardhu merugikan masa
-Menyatakan puasa Ramadhan melemahkan ekonomi
Hukumnya
Batal iman
=============================
Kufur Nikmat : Mengingkari Khaliq/Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya/membazir makanan
-Mengguna nikmat ke jalan maksiat
-Enggan mengeluarkan zakat/sedekah
-Boros membelanjakan harta
Hukumnya
Berdosa besar
Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)