Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, September 14, 2011

Fakta : UMNO tak pernah tuntut kemerdekaan dan Bukti Pembohongan Zainal Kling


Bukti UMNO Tak Tuntut Kemerdekaan - Kementerian Pelajaran Malaysia


Pas mendakwa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan kurang tepat berhubung perjuangan parti mereka menentang penjajah British untuk menuntut kemerdekaan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, dakwaan itu disokong oleh fakta yang tertera pada buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Pada muka surat 103, ada dinyatakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Umno dikatakan hanya membuat rundingan dengan British untuk menolak Malayan Union dan bukan menuntut kemerdekaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Anuar Azahari dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Difahamkan, buku teks yang disusun panel empat penulis iaitu Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob dan Muslimin Fadzil itu masih digunakan di sekolah menengah sekitar negara ini.

Buku teks terbabit mula dicetak pada 2003 dan naskhah terbitan 2010 yang ditunjukkan pada sidang media berkenaan dibeli Mohd Taufek dari sebuah kedai buku sekitar bandar ini, beberapa hari lalu.

Menurut Mohd Taufek, fakta yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan sukar disangkal kerana ditulis pakar sejarah, malah digunakan di semua sekolah menengah.

“Justeru, kami sarankan agar pemimpin Umno meneliti semula fakta sejarah berkaitan kemerdekaan negara agar tidak berlaku kekeliruan dalam fikiran mereka.

“Sejarah tidak boleh diubah dan fakta pula adalah sesuatu yang tepat serta perlu dipercayai. Jangan sesekali mengubah sejarah sesuka hati,” katanya. -SH

Akta Kemerdekaan Tanah Melayu 1957


Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu
sebenarnya bebas atas ihsan British dan bukannya menerusi
rundingan seperti yang terkandung dalam sejarah


Dua dokumen yang tertera di bawah adalah salinan asal yang membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Dokumen ini juga menjelaskan bahawa hanya Ratu Elizabeth I sahaja yang berhak memutuskan bilakah Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) boleh membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu secara mutlak.

Ternyata dengan pendedahan dokumen ini sekaligus membuktikan bahawa Zainal Kling dan suku sakatnya termasuk Mahathir yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah adalah DUSTA semata-mata dan Kemerdekaan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada "Ehsan" Baginda Ratu Elizabeth I.


PS : fakta yg tertera pd buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan DBP dan Dokumen Akta Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 jelas sebagai bukti bahawa Kemerdekaan bukan dari perjuangan UMNO - DLN 


Bukti Pembohongan Zainal Kling,

KPN Pertama Memang Rakyat Britain Pun!
Ada pihak menyatakan bahawa Malaya tidak pernah terjajah oleh kuasa British. Mereka berkata, upah gaji polis bukan dibayar British. Rasanya, kita sudah mula mengguna kalimat sen dan pound serta mata wang British saat itu.

Jadi, polis dan askar kita diupah dengan mata wang apa? Adakah mereka diupah dengan dinar emas yang pernah diguna pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? Satu hal lain yang perlu diteliti juga, adalah kedudukan Ketua Polis Negara kita.



Tahukah anda, bahawa KPN kita yang terawal adalah Tan Sri Sir Claude Fenner. Beliau lahir pada 6 Januari 1916 dan beliau inilah yang paling awal menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Beliau berkhidmat antara 18 September 1958 sehingga 28 Februari 1966.

Fenner dilahirkan di London, United Kingdom. Fenner bertugas dalam Pentadbiran Tentera British ('British Military Administration') dengan pangkat Leftenan Kolonel semasa angkatan beliau menumpaskan MPAJA (kemudian dinamakan komunis) pada tahun 1945.


Sebelum itu, Fenner adalah Ketua Polis Johor pada tahun 1955 dan beliau dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan dan Perisikan pada 1958. (Rujuk SINI)


Adakah beliau bertembung dengan Mat Indera di Bukit Kepong, Johor pada saat itu?

Semoga teka-teki dan misteri yang tidak terungkap ini boleh dijawab oleh Prof Zainal Kling yang menganggap bahawa polis dan tentera yang bekerja pada zaman British itu sebenarnya bukanlah pegawai British.


Oleh MERAPATI MERPATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular