Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, September 13, 2011

Cukai "TopUp" Adalah Cukai yang Tidak Sah, Untung Atas Angin

1.0 Keseluruhan industri telekomunikasi telah diswasta oleh Kerajaan. Dengan kata lain, Kerajaan tidak membelanjakan wang walau satu sen untuk memberi khidmat telekomunikasi kepada rakyat Malaysia

2.0 Kesemua peralatan komunikasi dibeli oleh syarikat2 telekomunikasi dan bukannya kerajaan. Telefon mobile itu sendiri dibeli oleh rakyat jelata dan tidak disubsidi mahupun dibelikan oleh kerajaan.

2.1 Malahan, setiap barangan telekomunikasi telah pun dikenakan duti impot sewaktu mereka masuk ke Malaysia

3.0 Stesen-stesen telekomunikasi juga disediakan oleh pihak swasta. Syarikat2 ini membayar cukai tanah kepada Kerajaa2 Tempatan dan juga bayaran sewa kepada tuan punya tanah atau bangunan bagi setiap stesen telekomunikasi

4.0 Kerajaan Malaysia hanya memberi lesen kepada frekuensi yang digunakan oleh setiap syarikat telekomunikasi. Kos mentadbir pemberian lesen dan penguatkuasaan telah pun dicas di dalam bayaran lesen yang dikenakan kepada setiap syarikat telko ini.

5.0 Cukai korporat juga dikenakan kepada setiap syarikat telekomunikasi setiap tahun di atas keuntungan yang telah mereka buat.

Jelas, kerajaan tidak terlibat di dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Tugas kerajaan hanyalah dalam urusan pemberian lesen dan penguatkuasaan lesen yang tidak memakan kos yang besar.

Maka, saya ingin bertanya, dimanakah kewarasan pihak kerajaan untuk mengenakan cukai kepada setiap "Top-Up" ini? Lebih tidak waras apabila cukai ini dipindah kepada pengguna yang telah pun dikenakan cas ke atas semua kos yang ditanggung oleh syarikat2 telekomunikasi ini.

Juga soalan cepumas yang hendak ditanya adalah:

Apakah khidmat yang diberi oleh kerajaan bagi menjustifikasi cukai "TopUp" ini memandangkan segala yang berkaitan dengan telekomunikasi telah pun diswastakan?

Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan UMNO/BN ini mengingatkan saya kepada pepatah "Untung Atas Angin". Ertinya keuntungan yang dibuat tanpa perlu mengeluarkan modal ataupun apa-apa usaha.

Dalam konteks Malaysia, tampak ia lebih kepada satu bentuk PEMERASAN terutamanya ke atas rakyat Malaysia.

Maka, saya mencadangkan cukai "TopUp" ini dihapuskan sama sekali.

Tulang Besi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular