Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, July 23, 2011

VIDEO - MANA DIA LANGGAR BAHU JALAN? MANA DIA ?




Terima kasih pihak Polis yang sudi tayangkan video kejadian Mat Sabu terjatuh dari motosikalnya. Kata Polis, motosikal melanggar bahu jalan, bukan dilanggar oleh Land Rover Polis. Mat Sabu pula kata dia dilanggar oleh kereta Polis.

Maka, tonton balik video ini. Ada nampak tak motor Mat Sabu langgar bahu jalan? Yang kita nampak adalah Land Rover Polis ikut jalan yang salah, motor yang dinaiki oleh Mat Sabu terpaksa mengelak, kemudiannya kita lihat motor itu jatuh depan kereta Polis (Waja). Adakah memang betul kata Mat Sabu yang motor beliau dilanggar oleh kereta Polis (Waja) tersebut? Atau, kita tak nampak tapi kita percaya memang Motor Mat Sabu telah melanggar bahu jalan?

Tak kiralah, langgar apa pun, dilanggar oleh apa pun, persoalannya mengapa mahu tangkap Mat Sabu macam mahu tangkap perompak wang Saham Bumiputra atau perompak wang warga Felda? Malangnya negara ku ada pemimpin yang mengikut telunjuk Apco.... armormech.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular