2011-07-09, 02:26pm, Bersih 2.0 Rally – In Front of Tung Shin Hospital
BERSIH 2.0: Hospital Tung Shin nafi dakwaan
11/07/2011 7:10pmKUALA LUMPUR 11 Julai – Pihak pengurusan Hospital Tung Shin menafikan dakwaan sebuah berita portal bahawa gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan haram Sabtu lepas, memasuki kawasan hospital itu.
Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Ng Beh Tong berkata, tidak ada gas pemedih mata disembur ke dalam kawasan hospital.
“Malah, pihak polis membawa beberapa orang penyokong demonstrasi yang cedera ringan semasa kejadian itu berlaku ke dalam hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas memberikan taklimat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong yang mengadakan lawatan ke hospital itu.
Beh Tong berkata, pada perhimpunan haram itu, polis juga tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap penyokong perhimpunan haram yang melarikan diri ke dalam hospital itu.
Sementara itu, Tiong Lai berkata, pada masa kejadian itu, polis hanya melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong perhimpunan haram tersebut yang berkumpul di atas jalan raya di Jalan Pudu, di hadapan hospital berkenaan.
Mengenai rakaman video yang didakwa menayangkan polis menyembur meriam air ke arah hospital, beliau berkata, polis menyembur ke bangunan bersebelahan, di mana para penyokong berkumpul, bukan ke dalam hospital, dan perkara tersebut disokong oleh Beh Tong. – Bernama
…………………………………………………………………………….
Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin
Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.
Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
“Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital,” katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.
Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.
Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.
“Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital,” kata timbalan presiden MCA itu lagi.
Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.
Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.Malaysiakini..
Mari kita lihat bukti!
Popout
Popout
Popout
Popout