Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, May 8, 2013

TAHNIAH LA PENGGUNDI UMNO/BN SEBAB ANDA "MENYOKONG" KENAIKAN BIL ELEKTRIK.. BERTUAH LA RAKYAT MALAYSIA...


Caj tambahan elektrik bagi bil RM77 ke atas
CAJ tambahan satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Bhd hanya dikenakan kepada 25 peratus pengguna domestik sebagai sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek berkata, caj tambahan satu peratus itu hanya akan dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

“Sehingga awal tahun ini, Seda telah mengutip RM321.46 juta untuk tujuan membiayai projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

“Seda juga telah membayar RM18.7 juta bagi menampung projek yang sedang berjalan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, kelmarin.

Menurutnya, secara keseluruhan, Seda akan membelanjakan RM4 bilion untuk membiayai kos projek-projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara termasuk Sabah yang akan dilaksanakan suku pertama tahun depan.

"Tenaga boleh diperbaharui penting bagi menukar sumber tenaga negara daripada bahan api fosil yang telah dikenal pasti penyumbang besar kepada pemanasan global dunia kepada solar fotovoltik, biomass, biogas dan hidro kecil," katanya.

Badriyah berkata, penjelasan berhubung caj tambahan itu perlu dilakukan selepas isu itu hangat diperkatakan di laman sosial.

Menurutnya, pengguna yang terlibat dengan caj tambahan itu turut berpeluang menyertai Program Rumah Solar Atas Bumbung yang dilancarkan Seda sejak September tahun lalu.

“Sehingga kini kami telah meluluskan 1,000 permohonan daripada pengguna sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Perak untuk program itu,” katanya. SH

14 tawaran PAKATAN RAKYAT yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

-(Harakahdaily)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular