Begitulah yang terjadi ke atas ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang menawarkan diri bertanding sekali lagi di kerusi yang disandangnya kini, tetapi kali ini mahu mewakili BN!
Tertekan dengan pengumuman tersebut, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Presiden MCA, Chua Soi Lek menempelak keputusan Yit Foong sambil menegaskan calon yang dipilih bukan sekadar diterima rakyat tetapi juga mesti diterima kesemua parti dalam komponen rejim itu.
Sambil menegaskan kerusi tersebut milik MCA yang akan mewakili BN, Soi Lek menyindir Yit Foong sebagai 'orang luar' yang tidak perlu dilayan selagi tiada perbincangan peringkat tertinggi yang akan diputuskan pengerusi BN, Najib Altantuya.
Yit Foong menang dalam pilihanraya umum lalu atas tiket DAP tetapi kemudiannya melompat dan menjadi ADUN bebas mesra-BN hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada 4 Februari 2009.
Selain Yit Foong, turut melompat adalah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu, kedua-duanya bekas ADUN KEADILAN.
Seorang lagi, ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang keluar Umno menyertai KEADILAN diugut supaya memasuki semula BN hanya setelah dua hari 'menghilangkan diri'.
Yit Foong dikatakan melompat bagi membayar hutang judi suaminya setelah dijanjikan RM25 juta oleh Najib Altantuya melalui kroninya, bos Berjaya Group, Vincent Tan Chee Yiuon. - JALAN PULANG
Kenyataan Media Presiden MCA
Sebagai respons kepada kenyataan oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Fong semalam, MCA ingin menjelaskan bahawa parti itu tidak mempunyai apa-apa perbincangan dengan Perdana Menteri mengenai memberi kerusi negeri Jelapang di Perak.
MCA bahagian Jelapang dan saya tidak mempunyai perbincangan tentang membenarkan orang luar untuk berada di kerusi tersebut atas tiket MCA.
Untuk memenangi pilihanraya umum memerlukan sokongan dari semua parti komponen Barisan Nasional (BN), adalah penting bahawa calon itu mendapat sokongan bukan sahaja daripada rakyat, tetapi juga parti-parti komponen.
Saya perlu menekankan bahawa BN adalah gabungan kolektif membuat keputusan, ia tidak pernah secara kebiasaan bagi gabungan itu untuk bercakap mengenai peruntukan kerusi dan pencalonan secara terbuka.
Walaupun Hee boleh mengumumkan bahawa dia adalah calon untuk kerusi Jelapang pada Pilihanraya Umum yang akan datang, tanpa sokongan dari bahagian MCA dan terutama anggota akar umbi, ia adalah tidak mungkin bahawa dia akan menang dalam pilihanraya itu.