Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

Pertanyaan untuk Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-12

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos untuk mengirim e-mel dan sms ucapan salam Tahun Baru Cina daripada keluarga Perdana Menteri kepada rakyat dan bagaimana kerajaan pusat mendapat e-mel dan nombor telefon bimbit tersebut. Sama ada tindak laku sebegini telah mencabuli hak privasi rakyat Malaysia. – 8 Mac 2011 
2. Puan Teo Nie Ching minta Perdana Menteri menyatakan peruntukan dan perbelanjaan oleh "F.L.O.M Division" dalam Jabatan Perdana Menteri serta tujuan, justifikasi dan pencapaian penubuhannya. – 9 Mac 2011 

3. Puan Teo Nie Ching minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan permintaan untuk membuka balik Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kuantan dan Segamat. Sama ada kerajaan pusat akan membenarkan pembukaan dan penubuhan SMPC yang baru. – 15 Mac 2011 

4. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan pusat samada menerusi kementerian ataupun GLC (Government-Linked Companies) dalam kempen pilihanraya kecil Tenang dan Merlimau. – 17 Mac 2011 

5. Puan Teo Nie Ching minta MENTERI PELAJARAN menyatakan perkembangan pembinaan SJKC Sungai Long, SJKC Kajang dan SJKC Bukit Serdang. - 22 Mac 2011
 
6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab-sebab keruntuhan syiling bumbung Hospital Serdang, kos untuk kerja pembaikpulihan, pihak yang menanggung kos pembaikpulihan dan langkah-langkah yang bakal diambil oleh kementerian untuk menjamin tahap keselamatan struktur bangunan Hospital Serdang. – 24 Mac 2011 

7. Puan Teo Nie Ching minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kerja dan hasil siasatan tentang kes 2 orang pemuda menggantung ayam mati di Pejabat DAP Sg Chua pada 19hb Januari, 2011. -  29 Mac 2011 

8. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan samada kerajaan pusat berancang untuk  menubuhkan satu Majlis Media (Media Council) yang bebas untuk menjamin kebebasan media yang semakin terancam. – 31 Mac 2011 

9. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan samada kerajaan pusat berancang untuk menyamakan saiz kawasan pengundian dan nombor pengundi (equalise constituency size and number of voters). Jika tidak, kenapa. – 5 April 2011 

10.Puan Teo Nie Ching minta PERDANAN MENTERI menyatakan perkembangan untuk membangunkan Johns Hopkins Medical School berserta hospital 600 katil dan sebuah pusat penyelidikan di Serdang, Selangor. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan pusat untuk menjadikan Malaysia sebuah hab latihan perubatan berkemahiran tinggi. – 6 April 2011 

Pertanyaan Jawab Bertulis
 
11. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci projek yang dilaksanakan di kawasan Serdang dalam tahun 2010 di bawah peruntukan khas YAB. Perdana Menteri sebanyak RM1,000,000.00. Nyatakan projek, kos bagi setiap projek, pemohon/penerima peruntukan dan syarikat yang melaksanakan projek berkenaan.
 
12. Puan Teo Nie Ching minta PERDANAN MENTERI menyatakan jumlah segala ganjaran yang telah dibayar kepada Kumpulan CIMB untuk lima tahun kebelakangan ini dan apakah tujuan serta pulangan daripada perkhidmatan Kumpulan CIMB tersebut.
 
13. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kemajuan pembinaan terowong yang telah dipersetujui di Kajang Utama / Kajang Sentral untuk merentasi lebuhraya SILK dan sebab kelewatan untuk pembinaan tersebut. 
 
14. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan pembinaan satu persimpangan bertingkat di Jalan Puchong - Seri Kembangan (Bandar Putra Permai) sebagai jalan keluar masuk ke Lebuhraya KL – Putrajaya memandangkan Lebuhraya tersebut melalui kawasan Serdang.
 
15. Puan Teo Nie Ching minta PERDANAN MENTERI menyatakan sama ada kerajaan pusat berancang untuk menambah bilangan stesen NGV di seluruh negara memandangkan harga petrol semakin meningkat. (More......)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular