Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

PANAS !!! - calon PAS di Merlimau

http://2.bp.blogspot.com/_cHDjiA9EOlg/SFcVLG8I7sI/AAAAAAAAC04/UVnlS2J3B1w/s320/Hajah+Kintan+Man+2.JPG
Hajah Kintan bakal calon PAS di Merlimau

MERLIMAU Bagi Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Kintan Man, jika beliau terpilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, ia adalah amanah daripada Allah SWT.

Berikutan itu, menurutnya, jika terpilih, ia dianggap sebagai tanggungjawab perlu dipikulnya. 



“Saya bersedia memikul amanah dan tanggungjawab ini sekiranya dipilih (sebagai calon). Bagaimanapun, saya serahkan kepada kepimpinan pusat membuat keputusan,” katanya, semalam. 


Kintan juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat adalah salah seorang daripada beberapa nama dikatakan telah dikemukakan Pas negeri untuk pertimbangan kepimpinan Pusat untuk diletakkan sebagai calon PR pada PRK DUN Merlimau. 

Beliau telah bergiat lama di dalam Pas, pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Pas Cawangan Serkam sebelum dipilih Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka.

Kintan berkata, masanya sudah tiba untuk Pas mewakili rakyat di DUN Melaka kerana ketika ini cuma DAP berjaya berbuat demikian. 

Menurutnya, penting Pas mempunyai wakil di DUN untuk memastikan suara Islam didengari, khususnya berkaitan isu sosial, agama dan penyelewengan. 

“Berikutan itu, saya minta pengundi DUN Merlimau supaya keluar memberi undi kepada Pas pada PRK nanti untuk membo-lehkan kita membawa suara Islam di DUN Melaka,” katanya.

Anda boleh mengikuti perkembangan PRK DUN Merlimau 
dan liputan secara "LIVE UPDATE" pada hari Penamaan calun serta hari Buang Undi di SINI ] danSINI ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular