Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

KENYATAAN MEDIA LAJNAH ANTARABANGSA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


SUARA RAKYAT KUASA PENENTU


KENYATAAN MEDIA

LAJNAH ANTARABANGSA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
12 FEBUARI 2011/ 9 RABIUL AWAL 1432

TAHNIAH BUAT RAKYAT MESIR: SUARA RAKYAT KUASA PENENTU

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mengucapkan tahniah diatas kemenangan kuasa rakyat Mesir diatas perletakkan jawatan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir setelah diasak oleh rakyat selama 18 hari.

Kemenangan ini bukan hanya kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau. Hosni Mubarak bukan sahaja bertindak zalim dan diktator kepada rakyatnya tetapi kepada ummat Islam sedunia apabila beliau bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh ummat Palestin yang tidak berdosa.

Kesungguhan Mubarak untuk tidak membenarkan bekalan ubat-ubatan dan makanan melalui sempadan negaranya di Rafah bagi membantu ummat Palestin di Gaza yang di tadbir oleh Hamas jelas membelakangkan isi hati dan naluri ummat Islam dunia amnya. Melalui persefahamannya yang intim dengan Israel dan Amerika Syarikat, Mubarak telah sanggup untuk menggadaikan prinsip dan aqidah perjuangan Islamnya demi untuk menjaga hubungannya dengan kedua-dua Negara ini.

Didalam negaranya sendiri, selama hampir 30 tahun pemerintahan kuku besinya, beratus-ratus ulama dan ribuan rakyatnya telah dipenjara dan ada yang hilang tanpa di kesan kerana di tuduh menentang kerajaan. Demokrasi di sekat, kebebasan bersuara dibatas, media di kongkong dan ekonomi hanya di kawal serta dibahagikan dikalangan kroni. Kesabaran rakyat Mesir akhirnya telah memberikan satu natijah yang luar biasa.

LA DPPP juga berharap pihak berkuasa tentera tidak menyalah gunakan kuasa mereka dalam mana peralihan ini. Satu jawatankuasa sementara perlulah dibentuk dikalangan parti-parti politik di Mesir untuk segera mengadakan pilihanraya pemilihan Presiden dan bukannya diuruskan oleh pihak Tentera. OIC umpamanya perlulah menghantar wakil bagi mamantau perjalanan peralihan ini daripada campur tangan asing terutamanya Israel dan Amerika Syarikat yang sangat khuatir dengan perkembangan terkini ini.

LA DPPP sendiri akan segera menghantar wakil ke Mesir bagi meninjau perkembangan terkini.Tahniah buat rakyat Mesir ! Syabas Ummat Islam serantau !

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Dewan Pemuda PAS Pusat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular