Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

Baiknya UMNO - anak kera disusukan anak dirumah mati kelaparan

...bak kata orang lama-lama .... anak kera disusukan anak dirumah mati kelaparan.... itulah pemimpin BN kita pada hari ini....


OFFER BIASISWA KEPADA INDONESIA!!!


(UM) JAKARTA 10 Feb. - Dalam usaha menarik rakyat Indonesia melanjutkan pengajian di Malaysia, kerajaan menawarkan pelbagai pelan biasiswa kepada bakal siswazah dari negara jiran itu.


Tawaran biasiswa itu merupakan insentif yang dijangka membuka ruang yang lebih luas bagi menarik kemasukan yang lebih besar pelajar antarabangsa di Malaysia.

Selain pelan biasiswa, pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) juga menjadi tarikan buat rakyat Indonesia untuk memilih melanjutkan pengajian di Malaysia.

"Tawaran ini merupakan pendekatan yang sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada pameran pendidikan Kampus-Kampus Tren Jakarta 2011 di sini, hari ini.

Pameran Kampus-Kampus Tren Jakarta 2011 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Nasional Indonesia bermula hari ini sehingga 12 Februari ini.

Menjelang 2015, negara mensasarkan kemasukan 150,000 pelajar antarabangsa dari seluruh dunia yang sekali gus untuk menjayakan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular