Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 11, 2011

Cara mudah kurangkan risiko password anda di hack


Kajian telah membuktikan bahawa dengan cara mudah iaitu memasukkan upper-casing di dalam password anda akan mengurangkan peluang pengodam "hacker" untuk menceroboh ke dalam akaun anda, (facebook, twitter, blog dan lain-lain).



Berdasarkan laporan statistik yang dikumpul dari Blommberg Businessweek, sebuah password 6 digitdengan menggunakan kombinasi lower-case hanya memerlukan 10 minit untuk seseorang penggodam memecahkannya. Namun begitu, kombinasi password yang sama tetapi menggunakan upper-casememerlukan masa 10 jam untuk seseorang hacker memecahkannya dengan kaedah cubajaya (rawak).

Dengan menambahkan nombor dan/atau simbol-simbol pada password pula, akan menyebabkan penggodam mengambil masa selama 18 hari untuk memecahkannya.

Walaupun sudah banyak amaran dikeluarkan, 50 peratus orang tetap masih memilih untuk menggunakan perkataan atau kombinasi kekunci mudah sebagai password mereka.

Password yang paling kerap digunakan di dunia adalah, 123456, password, 12345678, qwerty dan abc123. Namun begitu sebagai individu yang mementingkan keselamatan anda mungkin berminat untuk mencuba kaedah ini - pilih 9 digit password dengan kombinasi nombor-nombor dan simbol-simbol, kerana ia akan mengambil masa selama 44, 530 tahun untuk dipecahkan oleh seseorang penggodam.

[Sumber: daily mail]

ReJaM© "Semoga bermanfaat untuk anda semua..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular