KUALA LUMPUR, 11 Feb:PAS yakin kuasa rakyat Mesir yang berada di kemuncak pada waktu ini, mampu mengubah lanskap politik negara teluk itu dalam masa terdekat. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, bantahan rakyat sejak 28 Januari lalu bagai mimpi ngeri yang menjadi kenyataan kepada Amerika Syarikat sehingga mereka hilang arah. Katanya, ianya boleh dibuktikan dengan beberapa kenyataan dari pemimpin negara barat itu yang dilihat 'flip-flop', ada ketikanya menggesa Mubarak kekal dan ada pula mahu presiden Mesir itu berundur segera. "Saya yakin dengan kuasa rakyat Mesir dan Amerika sekarang sangat terkejut dengan fenomena kebangkitan besar-besaran rakyat Mesir ini. "Mereka pun tidak dapat menentukan apa lagi yang akan berlaku. "Saya percaya, Amerika tidak ada kekuatan lagi untuk mempertahan regim Mubarak yang ada ini," katanya. Amerika Syarikat mempunyai tiga kepentingan utama di Mesir iaitu negara Israel, ekonomi (Peroleum dan Gas) dan ketenteraan. Mereka bimbang, kejatuhan kerajaan regim dan jika diganti pihak lain, akan menjejaskan segala kepentingan yang telah dibina sejak berpuluh tahun dahulu. Mubarak muncul melalui siaran televisyen seluruh negara dan berucap kepada rakyat yang membantahnya. Rakyat yang sebelum ini diberitahu akan ada berita gembira tentang pengumuman pengunduran Mubarak, bagaimanapun kecewa apabila presiden yang dibantah itu memaklumkan akan terus berada di pejabat presiden sehingga pemilihan September depan. Beliau juga memberitahu telah mengalihkan sebahagian kuasanya kepada Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman dan mengarahkan perlembagaan negara itu dipinda. Berita itu bagaimanapun ditolak rakyat yang mahu bukan sahaja Mubarak, tetapi seluruh kerajaan regim berundur segera tanpa syarat. "Media cuba gambarkan rakyat hanya tolak Mubarak. "Rakyat Mesir sebenarnya bukan hanya tolak Mubarak, tetapi seluruh aparatus kerajaan regim itu," kata Syed Azman lagi. Mengulas himpunan besar-besaran rakyat Mesir selepas Jumaat hari ini beliau berkata, rakyat Mesir sebenarnya sudah nekad, tidak akan berundur ke belakang lagi, sama ada menang dalam tuntutan ini ataupun mati syahid. Dijangkakan 20 juta rakyat Mesir akan berhimpun selepas solat Jumaat hari ini dan akan berarak ke Istana Mubarak di Abdeen, Kaherah. Difahamkan, Istana Presiden tersebut adalah kawasan larangan dan tidak pernah ada mana-mana pihak dibenar masuk ke istana itu sejak sekian lama pemerintahan regim. http://bit.ly/i1YqtK |
Friday, February 11, 2011
Kuasa rakyat Mesir 'mimpi ngeri' Mubarak, AS
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
MahfuzOmar Mahfuz Omar TPM kata isu DSAI dbaling batu difelda Kerdau kerana mrka meluat pdnya.olih kerna DSAI p kpg depa jd depa ada h...
-
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mencabar Kementerian Pengangkutan membenarkan beliau sendiri menyemak dokumen pembelian 38 s...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
NAJIB PERLU BERSIKAP ‘GENTLEMAN’ DAN TERIMA KEPUTUSAN RAKYAT DALAM PRU 13
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
Isu yang tidak boleh dibiarkan: Kenaikan harga minyak dan barang keperluan adalah isu besar yang menekan kehidupan rakyat
-
Oleh: MUTALIB M.D
-
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...