Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 12, 2011

Batu Sapi Lagi.. Apa cite Ni.. Tak kan Linda tak tau kut ????


SHAMSUDDIN RAYU 20 RUMAH PPRT




USANG….Beginilah keadaan rumah mereka yang sudah usang. Shamsuddin berpendapat mereka wajar diberi rumah PPRT

Oleh: SHAIMON S JUMADI
HASRAT kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan kemudahan asas dan sebagainya kepada penduduk Kampung Bambangan, 18 kilometer dari bandar Sandakan telah menjadi kenyataan.
Projek pelaksanaan pemasangan pendawaian elektrik (wiring) yang membabitkan 20 buah rumah adalah merupakan satu rahmat daripada Allah kerana pemberian kemudahan asas sedemikian tanpa rakyat perlu mengeluarkan walaupun sesen pun.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bambangan, Shamsudin Chino, menjelaskan kepada Sabahkini.net, projek pendawaian tersebut adalah hasil usaha Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Mohd Shafie Hj Apdal semasa lawantanya pada pilihanraya kecil parlimen kawasan Batu Sapi yang baru-baru ini.
Sehubungan itu Shamsudin yang mewakili lebih 140 orang penduduk kampung Bambangan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas usaha dan keprihatinan beliau menyalurkan kemudahan tersebut
Menjurus kepada peningkatan dalam aspek pembangunan di kawasan terpencil tambah Shamsudin, pihak JKKK kampung Bambangan sudahpun mengutus surat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak 20 buah rumah kepada Shaffie.
Katanya ini adalah sebahagian daripada menagih janji para pemimpin BN semasa kempen pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi yang lalu.
“Sekali lagi saya merayu kepada menteri berkenaan supaya dapat dipertimbangkan dan meluluskan permohonan tersebut ini agar penduduk kampung miskin tegar ini dapat tinggal di tempat yang lebih selesa,” rayu Shamsudin lagi.
Katanya rumah-rumah yang mereka diami sekarang ini lebih layak digelar khemah atau pondok dan 60 peratus daripadanya didapati sudah usang dan tinggal runtuh bila-bila masa sahaja kerana mereka tidak mampu untuk membaik pulih rumah-rumah tersebut.
Menurut Shamsuddin, mereka telah dikategorikan sebagai golongan rakyat miskin tegar dan wajar mendapat kemudahan rumah PPRT ini sejajar dengan slogan dan konsep Gagasan 1 Malaysia; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sabahkinimirror
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular