Grab the widget  IWeb Gator

Friday, June 10, 2011

Utuseks Meloya meraban makin teruk dah nie...



Hari ni Utuseks Meloya meraban tak tentu hala mintak Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kalah pemilihan Timbalan Presiden PAS supaya keluar dari PAS dan masuk Umno..

Dalam kolum 'Cuit' di akhbar jamban itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utuseks Meloya, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Ustaz Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian. Tak ke pelik Utuseks ni mengiktiraf yang Ustaz Nasharuddin ni seorang ulama pulak..

Umno ni apabila agenda dia tak berjaya, mula la nak pecah belah kan perpaduan jitu yang ada dalam PAS dan langsung tak wujud dalam Umno tu. Amalan yang di warisi daripada British dulu masih nak di amalkan sehingga ke hari ini iaitu 'divide and rules'..

Balik-balik isu YB Karpal Singh yang pada waktu tu belum paham dan tahu apa itu corak pemerintahan Islam yang sebenar.. Dia pun pada waktu tu rasanya terpengaruh jugak dengan propaganda yang di wujudkan oleh Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang bukan Islam dengan Islam. Sejak DAP dah menjalinkan kerjasama dengan PAS serta PKR dlm satu keluarga Pakatan Rakyat, alhamdulillah pemahaman Islam telah dapat disampaikan berbanding dengan Umno yang sudah berkawan dengan MCA dan MIC tapi langsung gabungan ini tak membawa kebaikan terhadap Islam..

Lagi haru apabila cadangan nak tubuhkan sayap ulama dalam Umno oleh Datuk Utuseks ni, mana hilang nya ulama 40 ulama muda yang di banggakan oleh pimpinan atasan Umno dulu tu? Dah jadi kaki clubbing ke sampai nak kena tubuhkan sayap ulama baru pulak ni...

Warghkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular