Grab the widget  IWeb Gator

Monday, June 6, 2011

UMNO Gila "TALAK"


KUALA LUMPUR, 5 Jun — Meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Dia berkata idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.

“Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain.

“Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik. Dan, itu yang membezakan Umno daripada PAS, Umno melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan manakala PAS hanya fokus pada kepentingan parti,” kata beliaus selepas mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di ibu negara petang ini.

Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

“PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS,” kata beliau.

Ulasan @BD : Ayat apa ni “Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik".. Demi kepentingan politik bukan kerana POLITIK ke Muhyiddin? .

Kalau benar demi ISLAM apakata Pak Muhyiddin bubar je UMNO tu dan sama-sama berjuang dgn PAS...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular