Grab the widget  IWeb Gator

Monday, June 6, 2011

Nazri pula nak jadi Batu Api..

Kata Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.

Sejak bila pula si Nazri ini kisah akan masa depan Pakatan Rakyat? Kalau benar TG Haji Hadi nak Jadi Perdana Menteri ianya pasti tidak mendatangkan masaalah bagi Pakatan Rakyat..

Tapi kalau nak kata tak jadi masaalah tu.. bohonglah.. pasal kalau Anwar tak jadi Perdana Menteri pasti ada puak-puak yang berlindung dibawah ketiak Anwar tu akan sakit hati..

Sakit hatipun korang kena sedar.. korang berada sebagai pemimpin itu adalah kerana rakyat bukan kerana korang kawan Anwar..

Puak itu saja yang sakit hati rasanya.. bagi penyokong yang tidak ada kepentingan seperti aku ni.. rasanya siapapun jadi Perdana Menteri kami tak kisah..asal bukan pemimpin UMNO!!

Yang akan menghadapi masaalah lebih besar ialah para pemimpin UMNO yang korup dan menyalahguna kuasa untuk membina harta..

Ada pihak yang kata beliau meracau setelah terbangun dari tidur.. tapi hakikatnya ialah beliau cuba untuk menjadi batu api bagi melaga-lagakan sesama Pakatan Rakyat..

Nak jadi batu api pun.. janganlah sampai nampak jelas sangat... - darisungaiderhaka

Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.

Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu — nafsu baru untuk berkuasa.

Kata Nazri (gambar), permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.

Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.

“Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

“Jika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat,” kata Nazri pada sidang media di sini hari ini.

The Malaysian Insider
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular