Grab the widget  IWeb Gator

Monday, June 6, 2011

BN Diambang Kiamat


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"BN adalah parti yang jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil. Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur, Ahad.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu.

Beliau berkata PAS sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.

"Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredhaan Allah.

"Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti PAS," katanya

Siapa yang bermain politik sebenarnya, jika UMNO bukan dalang disebalik pengedaran video lucah ini kenapa blog-blog pro umno dengan muka tak malunya dan dengan tanpa rasa bersalah dari segi adat ,akhlak dan hukum agama menjaja video lucah ni di blog masing-masing?

Soal siapa pelaku video itu tidak timbul ,prinsip Islam kita mesti menutup aib sesama islam walaupun betul dia melakukan perkara itu ,kecuali dia melakukan ditempat terbuka.Jika dia melakukan ditempat tersembunyi ,itu masaalah dia dengan tuhan,kita dikira berdosa jika dengan sengaja mendedahkan keaiban sesama islam apatah lagi dengan niat politik kotor,

Soal kedua,jika betul nak buktikan dia bersalah,bawak bukti dimahkamah dan hanya ditunjukkan pada hakim dan pihak-pihak berkenaan bukannya dijaja pada semua rakyat.kalau betulpun itu video asli dalam hukum Islam kes-kes melibatkan zina(Jenayah hudud) mestilah mendatangkan 4 orang saksi yang adil  yang melihat dengan mata sendiri ,saksi video tidak boleh dijadikan bukti.Jika si penuduh tidak dapat membawa 4 orang saksi adil dia yang akan dikenakan hukuman kazaf(Sebat ) kerana melakukan tuduhan zina tanpa saksi.(Berapa kali nak cakap ni ,tak reti-reti lagi  puak-puak ni)

Sekarang  sudah cukup jelas UMNO dan kerajaan Malaysia adalah dalang dalam isu ni,sebab ada laporan bahawa video ini ditayangkan dikursus yang buat oleh pihak kerajaan sendiri kepada cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah seluruh Malaysia yang mana antara penceramahnya ialah seorang pegawai tinggi polis.

Polis duduk bawah arahan siapa,lu pikirlah sendiri.

Saya yakin,dengan politik kotor dan lucah yang diamalkan sekarang,UMNO benar-benar diambang kiamat

Kata seorang ulama'
"Semakin gelabnya malam menandakan semakin dekatnya dengan cahaya fajar,semakin kuatnya islam ditekan menandakan semakin dekatnya dengan kemenangan islam"

baca lagi berita menarik disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular