Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 16, 2010

Kecuh di Parlimen: Ulang tayang DUN Perak – Nizar

nizarOleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini merupakan ulang tayang kekecuhan di dewan undangan negeri (DUN) Perak.
"Speaker diarahkan oleh pihak atasan untuk membuat keputusan," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika diminta mengulas insiden berkenaan.

Titik hitam sejarah parlimen
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah parlimen negara.
"Tidak pernah berlaku kekecohan sebegini teruk yang dibuat oleh seorang ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," kata ahli parlimen Rembau di dalam sidang akhbar di lobi parlimen.
Anwar digantung enam bulan dari menghadiri sidang parlimen setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan One Israel sama dengan 1Malaysia.
Agensi kerajaan 
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, apa yang berlaku hari ini melengkapkan apa yang  berlaku kepada agensi kerajaan lain.
"Lihat apa berlaku kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis," katanya di lobi parlimen hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Machang berkata, Parlimen telah gagal menepati prinsip asas dan beliau berharap rakyat akan membuka mata.
"Mahkamah Kangaroo" 
Dalam sidang hari ini semua ahli parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa tidak profesional dan berat sebelah.
Anwar, Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang dewan atas beberapa kesalahan.
Di dalam dewan, ahli parlimen pembangkang membawa pelekat yang tertera beberapa perkataan seperti "Mahkamah Kangaroo" dan "Mahkamah Rubber Stamp."
Di luar dewan berpuluh ahli parlimen memegang sepanduk berkenaan sambil melaung-laungkan perkataan "Apco," "Apco," "Apco."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular