| "Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," "Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," nya. Harakahdaily |
Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya. Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat. Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang). PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia. PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu. Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya. Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang. "Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya. Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun. Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau. "Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya. |
Saturday, December 18, 2010
BN bimbang 'skandal besar' negara?
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul...
-
semasa keluar UMNO sertai Semangat 46, dalam satu ucapannya Brahim Ali sanggup jilat pungung Mahathir jika beliau masuk UMNO kembali.
-
Majlis Perbandaran Selayang menafikan dakwaan bahawa pihak mereka telah sewenang-wenangnya menurunkan banner gergasi berukuran 15 x 20 (gam...
-
KUALA NERUS – PAS mendakwa sebaran risalah fitnah dan tindakan mengoyakkan kain pemidang program-program PAS adalah propaganda yang dilakuka...
-
CARA UMNO MENOLONG MELAYU??
-
Isu yang tidak boleh dibiarkan: Kenaikan harga minyak dan barang keperluan adalah isu besar yang menekan kehidupan rakyat
-
from Kelab Greenboc R ahsia terbongkar KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar...
-
Kuala Lumpur: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung m...
-
SOALAN Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan an...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...