Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 8, 2012

Selepas Kondo, Kini Skandal Shahrizat Merebak Ke Chalet Pula!

Satu lagi penyelewengan baru berkaitan NFC (sebut National Family Corruption) akan didedahkan kepada umum pada pukul 11 pagi hari ini di ibu pejabat KEADILAN (Rabu, 8 Februari 2012).

Berikutan itu satu sidang media yang turut dihadiri oleh YB Zuraida Kamaruddin, YB Sivarasa dan Rafizi Ramli akan diadakan. Pendedahan kali ini dijangka ada kaitan dengan Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Sebelum ini MiLo SuaM pernah membuat pendedahan terhadap Chalet mewah tersebut, rujuk di bawah.

Bongkar! Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil
BARANGKALI ramai yang tak tahu bahawa Menteri yang terpalit dengan skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption), Shahrizat Jalil memiliki sebuah Chalet mewah di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Rupa-rupanya Cempakasari yang tersergam indah bagikan istana di Janda Baik ini dimiliki oleh keluarga tokey lembu NFC (National Family Corruption).
Bungalow dan Chalet mewah terletak di Janda Baik ini terbongkar apabila beliau sendiri yang membongkarkannya di Twitter

ReJaM© bersama beberapa orang rakan aktivis berjaya mengambil gambar Chalet tersebut.

Difahamkan, Cempakasari yang bernilai jutaan ringgit ini dilengkapi perabot jati diimport khas dari Bali.

Buat masa ini kita dedahkan dulu pintu pagar Cempakasari.
Kita cabar Shahrizat nafikan bahawa Cempakasari ini dimiliki oleh beliau dan keluarga.

Jika beliau berani nafikan kita akan bagi lagi bukti-bukti seterusnya.

Pendedahan lanjut menyusul.

Jalan Pulang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular