Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 11, 2012

Mad Said diberi 3 hari untuk tarik balik kenyataan "PAS Parti Ajaran Sesat"


KUALA TERENGGANU: PAS memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat".

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin PAS negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lalu, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Abu Bakar berkata PAS belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Pas Perlu Ajar MB Terengganu

Kalau benarlah Menteri Besar Terengganu Ahmad Said menyifatkan Pas sebagai Parti Ajaran Sesat, para pemimpin Pas khasnya Pas Terengganu tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas MB yang bermata perit-perit itu. Tidak perlu bertolak ansur saman saja MB kurang garam itu.

Tuduhan atau serangan politik Ahmad itu sudah melampau. Dia telah menghina Pas dan tuduhan itu juga merupakan fitnah besar. Mungkin tuduhan seumpama itu boleh dilakukan kepada ajaran Ayah Pin di Besut tetapi bukan Pas. Pas adalah sebuah pertubuhan siasah yang berdaftar dan mempunyai maruah serta keahilian lebih 1 juta.

Kalau ayam kemacar Umno atau bloger polong membuat tuduhan itu tidak mengapa. Ia setaraf dengan tahap pendidikan yang mereka miliki dan cara berfikir bloger-bloger polong. Ini Ahmad Said seorang MB sebuah negeri tidak patut membuat kenyataan itu dalam keadaan bagaimana sekali pun.

Mat Said dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian wang kerajaan - BP1M di Kijal dua tiga hari lepas.

Ahli Jawatankuasa Pas Abu Bakar Chik marah dengan kenyataan Mat Said itu dan dilaporkan sebagai berkata memberi tempoh tertentu agar Mat Said menarik balik kenyataan itu jika tidak tindakan akan diambil.

Sebenarnya tidak guna Bakar Chik memnberi amaran lagi kepada orang seperti Mat Said yang tidak tahu menghormati langsung perasaan dan hati orang lain. Kenyataan Mat Said itu juga tidak mengukur ke diri partinya terlebih dahulu. [wm.kl.2:09 pm 10/02/12] MSO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular