Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 10, 2012

54 Tahun Merdeka : UMNO masih tak jumpa ayat al-Quran tentang keadilan dalam Islam (Video)


KUALA TERENGGANU – Selama 54 tahun Malaysia merdeka, Umno tidak pernah mengajar orang-orang bukan Islam, kaum Cina dan India di negara ini tentang Islam dan keadilan Islam.

[Gambar - dari kiri, Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing, Pengerusi DHPP Terengganu Dr Balachandran dan Bendahari PAS Dungun, Ustaz Roslan Ismail, turut menyampaikan 'Ang Pow' dalam Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina]


Menurut Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dr Balachandran, apa yang Umno ajar adalah perpecahan, kebencian dan perkauman.

“Dengan Umno isu perkauman saja yang dia cakap (ajar), hidup Melayu dia cakap, (orang) Cina dan India mati belaka,

“masa telah berubah, kita mesti keluar dari politik perkauman,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Sempena Tahun Baru Cina anjuran PAS Dungun pada 5 Februari.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) juga bercakap tentang 1Malaysia, tetapi sebenarnya mereka tidak menghormati kaum Cina dan kaum India.

Apabila perpaduan wujud diantara orang-orang bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat, BN cuba melaga-lagakan dan memecahbelahkan perpaduan tersebut dengan terus memainkan sentiment perkauman.

“mereka nak pecahkan (perpaduan) sebab itu mereka buang kepala lembu di kuil, dia (Umno/BN) mahu orang India lawan orang Melayu,

“di Rawang dia buang kepala babi di masjid, dia nak orang melayu lawan dengan orang Cina,”tegasnya dan mendakwa ia dilakukan oleh ejen-ejen Umno dan BN.

Oleh itu, beliau menyeru orag-orang bukan Melayu supaya beralih dan menyokong politik pengagihan keadilan yang didokong oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Katanya, PAS telah menunjukkan cara untuk rakyat Malaysia berpadu dan menyelamatkan Negara ini.

Melalui Islam yang dibawa PAS, orang-orang bukan Islam sekarang tahu bahawa islam adalah untuk membawa keadilan untuk semua.

Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kuasa dan memerintah, semua kaum akan dibela tidak kira samada orang India atau orang Cina.

Sebagai contoh keadilan Islam, kata beliau, ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 – 2004, kerajaan PAS telah membina jalan bertar untuk ke kubur India di Kuala Terengganu.

Namun begitu, Umno/Bn terus menakut-nakutkan orang-orang bukan Islam dengan hukum Hudud sedangkan hukum Hudud adalah dikenakan untuk orang-orang Islam sahaja.

Katanya, adalah penting kepada orang-orang bukan Islam untuk memahami hukum Hudud.

Katanya, orang-orang bukan Islam tidak perlu takut dan mestilah memberikan hak kepada orang-orang Islam untuk melaksanakan hukum tersebut.

“penting bagi kita untuk tahu apa itu Hudud, ia adalah Undang-undang Jenayah Islam (Islamic Criminal Code) bererti ia hanya kena kepada orang-orang Islam yang jahat dan melakukan jenayah,

“sebab itu Umno takut kerana mereka yang melakukan jenayah, penyelewengan dan rasuah, jangan kita ditakutkan oleh umno/BN,

“biar PAS jalankan hukum Hudud kerana ia adalah hak orang-orang Islam,”katanya.

Beliau mendedahkan sebenarnya Umno menggunakan MCA untuk menakut-nakutkan bukan islam, khususnya kaum Cina.

Menurutnya, Umno bukannya mengajar MCA tentang islam, sebaliknya mempermain-mainkan hukum Hudud.

Walaupun baru bersama PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS telah belajar banyak tentang Islam dan menyebabkan Umno takut.

Beliau bersama DHPP sedia untuk mengajar Umno tentang Islam dan bersedia menunjukkan ayat-ayat al-Quran yang mengajar Umno tentang keadilan Islam yang tidak pernah menyebut tentang perkauman.

“Dalam al-Quran tidak ada orang Cina, tidak ada orang India tidak ada orang Melayu, semua yang –al-Quran sebutkan adalah “wahai orang-orang yang beriman”,

“jangan kita diperdayakan (tentang islam) oleh Umno dan Barisan Nasional,”tambahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular