Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 28, 2012

HARGA MINYAK NAK NAIK?

Pada pertengahan Januari 2012, harga minyak dunia berlegar legar sekitar USD$85 - USD$100 setong... Tapi dijangkakan harga akan meningkat sehingga USD$130 setong jika sekatan pihak Amerika terhadap Iran berterusan. Apa akan jadi pada Rakyat Malaysia?

Seperti sedia maklum, kita tahu PELARASAN HARGA minyak di Malaysia dibuat setiap awal bulan. Tapi aku nak tekankan kat sini, setiap kali pelarasan, bila harga minya menurun, tiada siapa pun malah media mengumumkan harga minyak dunia turun. TETAPI bila harga naik walaupun USD$1 pun, kecohnya bagaikan nak kiamat! Kenapa takut rakyat tahu bila harga minyak TURUN tapi x takut rakyat marah jika harga minyak NAIK?

Rakyat Malaysia dihidangkan dengan cerita cerita politik kotor setiap hari. Adakah itu matlamat media dalam menyampaikan isu semasa? Isu yang dimainkan seringkali membuat rakyat LUPA tentang perkara yang lebih kritikal untuk diketahui. Inilah yang sering terjadi. Dalam negara DEMOKRASI, suara rakyat adalah yang paling kuat berbanding suara pimpinan negara. Segala keputusan dan makluman HARUS diketahui rakyat walau apa pun. Suara rakyat sering diketepikan akibat kerakusan pimpinan negara.

So, kalau benar HARGA MINYAK NAIK, adakah kerajaan BARISAN NASIONAL naikkan harga disaat ketibaan PRU13 dengan keadaan politik semasa yang begitu sengit? Dimanakah kekayaan negara yang selama ini digembar gemburkan di media dengan kedatangan pelancong, kemasukan pelabur asing, kenaikan produktiviti pengeluaran export negara dan lain lain?

MINYAK NAIK, SEMUA AKAN NAIK! KERAJAAN YANG BAIK TIDAK AKAN MEMBIARKAN RAKYATNYA HIDUP DALAM BEBANAN YANG TERLAMPAU TINGGI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular