Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 23, 2012

CERAMAH ABU!!! Polis merestui tindakan ganas?? Ni No Plate Mereka..

Bersih kecam 'gengster' serang ceramah ABU
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Bersih 2.0 berkata, insiden terbaru ini memperingatkan taktik ganas dan kotor yang digunakan untuk menggagalkan persidangan prokemerdekaan Timor Timur (kini Timor Leste) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1996.


"Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," katanya.

Kenyataan Bersih 2.0 juga menegaskan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Daerah Shah Alam Zahedi Ayob, yang masing-masing mengetepikan dakwaan kecederaan dan memandang ringan keseriusan insiden, telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan bukti video menunjukkan majlis itu diserbu dan ada kecederaan ke atas salah seorang peserta.
"Penafian polis berhubung keseriusan tindakan ganas ke atas penganjur dan peserta seolah-olah merestui tindakan ganas yang berlaku," kata gabungan itu lagi.

Malah Bersih 2.0 juga berkata, kegagalan polis untuk bertindak segera dan proaktif akan mengundang pihak-pihak lain bertindak sedemikian pada masa akan datang.

"Bersih 2.0 menuntut Ketua Polis Negara menjalankan satu siasatan dengan segera dan menahan mereka yang bertindak ganas," katanya lagi.

Selain itu, Bersih 2.0 juga mahu kerajaan mengambil tindakan menghalang kejadian-kejadian yang sama, yang bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam., Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah ABU anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

WARTAWAN SINAR HARIAN
January 23, 2012

No plate penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU

SUDAH tiga hari sejak berlakunya serangan ke atas ceramah Asal Bukan Umno, ABU di Jalan Kebun apabila sekumpulan penyokong Umno menyerang dan mengganggu ceramah serta mencederakan seorang lelaki berbangsa India.

Difahamkan beberapa buah gerai milik penjaja Melayu turut dirosakkan oleh kumpulan penyokong Umno itu.

Apa yang menjadi persoalan, mengapa sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat meskipun laporan Polis sudah dibuat?

Apa yang susahnya nak tangkap kumpulan penyerang ini? Video saat kejadian sudah tersebar di internet. Wajah penyerang dan juga plate nombor motorsikal yang mereka naikki sudah terpampang.
Dari rakaman video jelas kelihatan nombor plate motorsikal yang mereka tunggangi, antaranya BLK 6537 dan BLH 4761.
Sebuah lagi motorsikal bernombor pendaftaran BLK 6423 boleh dilihat jelas melalui video yang tersebar sejak tiga hari lalu di internet.
Mengikut pengalaman ReJaM© sendiri, dengan sekali "key in" dalam komputer, database pihak Polis boleh mengesan terus nama dan alamat pemilik motorsikal yang didaftarkan semasa pembelian sesebuah kenderaan.

Tapi sampai hari ini masih tiada berita penyerang yang ditahan. Polis buat kerja apa?

ReJaM© "Takkan nak kesan Mat Rempit Umno pun susah sangat bhai?"

>>>>> Koleksi Video serta Gambar2 kejadian samseng UMNO ganggu ceramah di jalan kebun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular