Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 25, 2012

Bukan Melayu Tidak Mahu lagi Menjadi Umpan Perkauman Umno/BN +Video

KUALA TERENGGANU – Perlantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G. Palanivel sebagai menteri membangunkan taraf sosio ekonomi masyarakat India dianggap umpan Umno dan Barisan nasional (BN) menjelang pilihanraya.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu, Dr . Balachandran juga berkata pengumuman Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak menaiktaraf sekolah-sekolah Tamil adalah usaha BN untuk meraih undi masyarakat India.

“Umno (BN) mula mengumpan pengundi-pengundi India diambang PRU13, mereka menaiktaraf Presiden MIC (Palanivel dilantik) menteri ekonomi,

“mereka (umum) menaikkan taraf sekolah sekolah Tamil di Johor, neger Sembilan, Kedah (dan) Perak, mereka tahu negeri-negeri itu terjejas kerana sokongan kepada Pakatan Rakyat.”ujarnya ketika berucap pada Majlis Rapat rakyat Bersihkan Malaysia di Nesan Empat, di sini, 22 Januari.

Walau bagaimana pun, beliau menegaskan majority orang India tidak lagi pentingkan habuan dan tidak akan termakan dengan umpan Umno/BN itu.

Katanya, apa yang diperlukan oleh masyarakat bukan Melayu khususnya kaum India adalah keadilan.

“orang India yang tidak pentingkan habuan, yang 80% ini, tidak akan terima umpan sebab kita perlu keadilan, kita perlu keadilan yang berasaskan kepada perjuangan yang berteraskan akidah agama, bukan perkauman,”jelasnya.

Menurutnya, Umno tidak lagi mampu menegakkan keadilan kerana parti itu telah sinonim dengan perlakuan rasuah, boros, perkauman, fitnah dan pembaziran.

Oleh itu, beliau berkata, kaum India yang tidak berkepentingan, mahu memastikan Umno/BN dikuburkan dalam PRU 13 yang akan datang.

Katanya, masa untuk ‘menerima umpan’ itu telah tamat dan beliau yakin kaum bukan Melayu tidak makan umpan lagi.

Beliau menjelaskan apa yang dikehendakki oleh mua rakyat adalah satu pentadbiran dimana semua lapisan kaum dapat hidup aman dan damai.

Katanya, ia hanya dapat dinikmati dengan pentadbiran yang berasakan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 8.

“Sebab selalu saya berpandukan kepada surah al-Maidah ayat 8, dimana saya berceramah, inilah panduan dan halatuju yang kita selalu, sebagai orang india bukan islam, amat kagum dengan surah ini,”katanya dan melafazkan maksud ayat tersebut.

Beliau menyeru supaya seluruh rakyat menolak Umno/BN kerana katanya Umno sudah tidak berupaa melakukan kebaikan.

Menurutnya, bukan Melayu, khususnya kaum India, sudah tidak mempunyai pilihan selain memilih PAS dan dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

“Umno tak boleh dah, kebendaan tu dah hilang dari kepala kita, (walaupun) kita terima habuan itu, tapi kita akan terus undi pentadbiran Islam,

“Kita tiada pilihan, kita tidak boleh lagi terus dalam kemungkaran ini, kita ingat 54 tahun dah cukup.”tegasnya.

Hakikat masa kini, kata beliau, Umno dengan apa jua yang dia buat, akan menemui kegagalan dan kaum bukan Melayu tidak perlu hidup dengan orang yang gagal.

Katanya sokongan bukan Melayu/Islam kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin meningkat selepas Perhimpunan Agung Umno yang lalu kerana kenyata-kenyataan sensitif perkauman yang diucapkan pemimpin Umno.

“Tetapi kebelakangan ini, isu perkauman yang dibangkitkan Umno sungguh mengecewakan kami. Kita tak boleh nak terima (umpan) dah bila mereka bagi kita (jadi) umpan (perkauman),”tambahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular