Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 5, 2011

Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau dijangka jam 8 malam esok: Pengerusi SPR

JASIN - Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui jam 8 malam esok.

Lintas langsung Hari Mengundi DUN Merlimau dan
Kerdau ESOK
InsyaAllah Kami (ADMIN) akan membuat liputan
secara "LIVE UPDATE" di PAGE



Sila Klik "LIKE" sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.

"Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.

Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular