| Nazri Abdullah |
TEMERLOH, 5 Mac: Wang skim bantuan tanam semula getah (SES) yang berjumlah RM13,000 adalah hak peneroka tanpa perlu diletakkan sebarang syarat. Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan Perdana Menteri yang meletakkan syarat bahawa peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun skim tersebut adalah tidak adil. Wang itu kata Mazlan seharusnya diberikan kepada peneroka, tanpa perlu menuntut sebarang bayaran balik kerana ianya sememangnya hak mereka. "Anak menyokong ketegasan peneroka dalam isu wang SES sebanyak RM13000 yang kononnya mahu dibayar Isnin ini. "Oleh kerana wang itu wang peneroka, peneroka boleh mengambilnya tanpa syarat. "Ertinya, ambil RM13000 tapi tak perlu bayar balik RM650 selama 20 tahun," katanya. Tambahnya lagi, peneroka jangan sesekali menandatangani apa-apa perjanjian berkaitan pembayaran semula wang tersebut. Mengulas pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa wang itu akan dibayar Isnin ini, Mazlan menyifatkan ianya hanya satu umpan pilihan raya. "Ini adalah jerat yang sedang dipasang dan satu umpan yang sangat bahaya. Kenapa tidak dibayar sebelum hari mengundi?,"soalnya. Sehubungan itu katanya, Anak mendesak pengurusan Felda menghentikan tindakan mengugut, menipu dan menyogok peneroka. Selain itu beliau turut kesal apabila pejabat Felda di Jengka 22,23, dan 25 juga dijadikan sebahagian pejabat pilihan raya BN. Dalam pada itu beliau turut mendedahkan kewujudan 200 petugas khas yang diberi elaun RM2,000 oleh BN untuk memujuk peneroka. Katanya, petugas tersebut menyamar sebagai seorang baik dengan memakai kopiah seperti orang PAS dan sering menyusup masuk ke dalam Markaz PAS dan PKR. "Anak mengingatkan Datuk Ahmad Maslan, jangan membazirkan wang rakyat untuk kegiatan yang tidak bermaruah ini," katanya sambil memberitahu tidak teragak-agak melaporkan kepada SPRM. - http://bit.ly/ieYyhq |
Saturday, March 5, 2011
jangan tertipu dgn bayaran balik wang SES
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mukhriz ajak wakil rakyat Umno jadi lembu dan masuk kandang Fidlot... Gerhana Otak (pinjam istilah CTW) kini melanda Umno dan pemimpin nya....
-
"Whoever controls the Bomoh controls the Chief Minister", according to family members. Stella is Robert s cousin. The once feared...
-
You can download the Buku Jingga, now in 4 languages:- English , Bahasa Malaysia , Mandarin , Tamil
-
Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 4 Januari 2011 Apakah Jaminan Untuk Masyarakat India dibawah Rancangan Malaysia ke 10?
-
Harakahdaily 2011-01-31KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pilihan raya kecil Tenang memperkukuhkan lagi anggapan bahawa pemimpin Umno dan BN yang h...
-
Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kir...
-
Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yan...
-
Salam Sejahtera.
-
from Anak Sungai Derhaka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambi...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??