Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

ADUN BN didapati bersalah, satu lagi PRK?

Selepas kita melalui 16 Pilihanraya Kecil, keputusan hakim pada petang ini akan menentukan kemungkinan satu lagi Pilihanraya Kecil diadakan di Lenggeng pula berikutan ADUN BN kawasan tersebut didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan berkemungkinan terpaksa dilucutkan jawatannya sebagai ADUN, sekaligus memberikan laluan kepada satu lagi Pilihanraya Kecil [M'sian Insider].

Apa pun, ReJaM© sangat-sangat setuju dan gembira sekiranya satu lagi PRK diadakan kerana ia merupakan durian runtuh untuk rakyat di kawasan berkenaan. Seperti yang kita sedia maklum setiap kali pilihanraya Kecil diadakan, pada masa itu kerajaan akan menaburkan pelbagai projek-projek segera untuk meraih undi, maka rakyatlah pihak yang akan merasai keuntungannya.

ReJaM© "Nantikan projek-projek kebetulan di Lenggeng pula..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular