Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 24, 2011

Calon Umno Kerdau: Ku sangka aku yang terpilih tapi orang lain pulak yang dapat

WarkahDaily – 


Reda dalam paksa kot. Angan-angan nak jadi wakil rakyat terus terkubur buat tiga nama yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon Umno di Dun Kerdau.

Namun, depa kata depa reda pelantikan orang lain yang tiada kaitan dengan tiga nama yang disebut-sebut. Depa ni bukan orang lain pun tapi pemimpin UMNO Bahagian Kuala Krau. Namun tersungkur jua di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad yang diumum sebagai calon Umno.

Aku yang angan-angan, hang pulak yang dapat..kesiaan....Tapi bila orang tanya...masing-masing mula ’cover line’..’cover macho’...hahaha.
KERDAU (Sinar Harian) - Tiga pemimpin UMNO Bahagian Kuala Krau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai antara calon paling sesuai untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau tidak kecewa, malah berjanji untuk memberi sokongan padu kepada Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44.

Mereka yang dimaksudkan ialah Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad; Ketua Pemuda, Rodzuan Zaaba dan Ketua Wanita, Norahan Abu Bakar.

Abdul Razak ketika ditemui berkata, beliau tidak kecewa dan tidak akan membawa diri sebaliknya akan bekerja keras bersama jentera part bagi memastikan calon BN menang majoriti besar.

“Soal siapa yang menjadi calon tidak penting tetapi yang perlu diberikan keutamaan adalah memastikan kemenangan BN untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau,” katanya.

Abdul Razak berkata, jika DUN itu terlepas kepada pembangkang pastinya perjuangan BN selama ini menjadi sia-sia dan usaha membangunkan Kerdau tidak membawa sebarang makna.

Bagi Rodzuan Zaaba pula, beliau bukan seorang ahli UMNO sejati jika perasaan kecewa menguasai dirinya apabila tidak terpilih menjadi calon BN untuk DUN Kerdau.

Menurutnya, dia bersama ahli Pemuda nekad turun padang untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan calon BN menang dengan majoriti besar.:

“Pemuda UMNO akan meningkatkan gerak-gempur dan menawan hati pengundi terutama golongan muda supaya mengundi BN dalam PRK ini,” katanya.

Manakala Norahan Abu Bakar berkata, beliau juga tidak kecewa apabila namanya tidak menjadi pilihan pucuk pimpinan parti.

“Perjuangan saya selama ini bukan bermatlamat untuk menjadi calon sebaliknya membantu parti meneruskan perjuangan supaya orang Melayu di Kuala Krau terus maju setanding bangsa lain.

“Ia bukan masalah besar kepada saya apabila tidak terpilih kerana pemilihan calon BN itu adalah tepat dan wajar disokong sepenuhnya,” katanya.

Norahan berkata, pergerakan wanita akan menjalankan dari kempen rumah ke rumah dan memberikan tumpuan di tanah rancangan Felda Jengka 22, 23 dan 25 kerana kawasan itu mempunyai seramai 3,011 pengundi dengan 67.5 peratus pengundi wanita.

Sementara itu, bekas ADUN Kerdau, Datuk Redzwan Harun berpendapat pemilihan Syed Ibrahim menepati ciri-ciri yang dikehendaki penduduk di DUN Kerdau.

Redzwan pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selepas memenangi pilihan raya umum 2004 dan akan turun membantu jentera BN untuk memastikan Syed Ibrahim mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti lebih besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular