Beliau berkata, malangnya hari ini media berbahasa Melayu tidak mendidik masyarakat Melayu mendapat maklumat yang seimbang dan bebas. Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian semasa ditemui wartawan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, di sini sebentar tadi. Presiden PAS itu seterusnya menambah, media arus perdana berbahasa Melayu terus menjadi alat kepada Umno BN untuk memperbodohkan masyarakat Melayu agar terus menyokong Umno BN. Disebabkan tiada maklumat yang tepat, katanya masyarakat Melayu masih terus menyokong Umno BN. “Berbeza dengan media berbahasa Cina, mereka mendidik rakyatnya untuk bijak menilai. Media berbahasa Melayu pula masih tertutup, tidak bebas dan diperalat Umno BN untuk kekal berkuasa,” katanya. Dalam masa yang sama, sokongan bukan Melayu kepada PAS terutamanya kaum Cina hari ini semakin meningkat, ujarnya lagi. Beliau menuntut agar media di negara ini khasnya berbahasa Melayu bebas dan tidak lagi diperalatkan untuk kepentingan politik Umno BN. Dalam pada itu, beliau turut menuntut Umno BN tidak terus memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengekalkan kuasa. SPR seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas yang melayan pelanggannya (parti-parti politik yang menyertai pilihan raya) dengan telus dan adil, katanya. Beliau menambah, jika SPR sendiri berpihak, dan media pula menjadi semakin tidak bebas, proses demokrasi di negara ini akan semakin tempang. Turut bersama semasa menunggu proses penyerahan borang pencalonan tadi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam. |
Saturday, February 26, 2011
Melayu tidak berubah kerana media tidak bebas
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Pengendali pusat hiburan di Johor Bahru mahu pihak majlis tempatan memberi sedikit kelonggaran berhubung larangan aktiviti hiburan pada huju...
-
by PAS Parit Buntar Saman Fitnah 100 Juta - Hak Anwar Tuntut Keadilan Terus Dinafikan SHAH ALAM 7 Jan. : Peguam bela Ketua Pembangkang ...
-
Syarikat konsesi mencetak dan mengedar bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dawama Sdn Bhd telah mengarahkan kesemua pekerjanya, ...
-
Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan jawatan ketua menteri kepada kaum Cina sekiranya berjaya mengua...
-
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang ...
-
TAIB BLOGGER INSULTS ISLAM! Professional blogger for hire anybody? Hateful anti-Islamic outpourings, including a crude mocking of the Pro...
-
"Arts-ED ingin menjelaskan bahawa risalah myBalikPulau TIDAK bertujuan untuk mengubah sejarah. Kami TIDAK PERNAH dan TIDAK BERNIAT untu...
-
BUKTI KETUANAN MELAYU - JANGAN MENAFIKAN KEBENARANYA.!!! from Pencacai SeMalaysia by Pencacai Semalaysia Inilah hasil dari keiklas...
-
NAJIB PERLU BERSIKAP ‘GENTLEMAN’ DAN TERIMA KEPUTUSAN RAKYAT DALAM PRU 13
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...